Isnin, 21 Januari 2013

Goreng Kunyit Ayam dan Kacang Panjang

             
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia untuk semua. Semoga ceria selalu hendaknya. Entri hari ini mengenai masakan sayuran yaitu goreng kunyit ayam bersama kacang panjang. masakan ini dah biasa saya masakkan untuk keluarga. Lihat lah resepinya...






Resepi Goreng Kunyit Ayam Kacang Panjang

Bahan-bahan:
sedikit isi ayam (dipotong, dicuci dan diletak 
        garam dan kunyit)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
karot (dipotong)
kacang panjang (dipotong)
bawang besar (dihiris bulat)
minyak untuk menumis
garam

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris 
   seperti bawang merah, bawang putih serta 
   halia.
2. Masukkan ayam yang digaram kunyit, 
   kacaukan ia. Kemudian masukkan kacang 
   panjang, karot serta bawang besar hiris.
3. Kacaukan, setelah itu masukkan garam. 
   Perasakan garamnya. Kemudian barulah 
   diangkat dan dihidangkan.


3 ulasan:

  1. igt2 nk cuba masak ayam kunyit gk dinner malam nih...cmpur kacang panjang bleh ratah2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cuba tu resepinya Adda. Ringkas dan cepat dimasak.

      Padam
  2. kita pun selalu buat cam ni...sedap dan ringkas kan..

    BalasPadam