Isnin, 14 Januari 2013
Ayam Sos Hitam Manis
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam Selasa kepada teman-teman semua semoga berbahagia selalu hendaknya. Entri untuk hari ini mengenai masakan pula. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit, bila anak dah start masuk sekolah, seorang masuk darjah satu dan seorang lagi masuk kelas tadika. Maka sibuklah ibunya, menghantar dan mengambil anak-anak ni. Dan entri pun kadang ada kadang-kadang tak ada.
Mengenai entri kali ini, saya telah mencuba resepi masakan Chef Wan, yaitu ayam sos hitam manis. Memang sedap masakan dari resepi ini. Tapi masakan saya ni tak berapa hitam sangat. Kalau nak hitam lagi kenalah tambahkan kicapnya. Almaklumlah masakan dari chef terkenal, sudah pastinya sedap. Lihatlah resepinya....
Resepi Ayam Sos Hitam
Bahan-bahan:
1.5 kg ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk meng-
goreng ayam
1/2 cawan kicap
85 gm kismis hitam
1 cawan air asam jawa
gula secukupnya
2 helai daun pandan
sedikit nenas didadu
2 sudu besar daun ketumbar cincang
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
Cara memasaknya:
1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam
blender, dan blend kan sehingga halus.
2. Letakkan garam serta kunyit ke dalam ayam
dan goreng sehingga perang warnanya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar
serta kismis tadi sehingga wangi. Masukkan
kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun
pandan.
Perasakan garamnya dan masak sehingga
pekat.
4. Masukkan ayam goreng dan nenas. Perasakan
dengan garam dan gula jika perlu.
Masukkan daun ketumbar. Hidangkan bersama
nasi panas.
wow kak, mnyengat ni..menjilat jari..
BalasPadam