Jumaat, 7 Disember 2012
Ikan Kembung Masak Pindang
Assalamualaikum wrh...wbr...
Salam bahagia kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini mengenai masakan yaitu ikan kembung masak pindang. Masakan ini memang ringkas sahaja cara memasaknya, main rebus aja. Inilah resepinya...
Resepi Ikan Kembung Masak Pindang
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam.
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.
masakan ni x guna minyak ke?
BalasPadamMasakan ni tak payah pakai minyak Faezah. Sesuai sangat untuk orang yang berdiet atau orang yang tak suka makanan yang berlemak dan berminyak.
Padam