Isnin, 3 September 2012
Rendang Daging
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Semoga berada dalam keceriaan selalu. Entri kali ini mengenai masakan rendang daging. Dah ketinggalan keretapi nampaknya. Raya pun dah nak habis, baru sekarang nak buat rendang. Walau apa pun jua, mailah kita tengok resepinya...
Resepi Rendang Daging
Bahan-bahan:
1 kilo daging dipotong kecil-kecil
1 biji kelapa -diambil santannya
1/4 cawan kerisik
gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
20 biji cili kering*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 helai daun kunyit- dimayang
3 helai daun salam
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Panaskan kuali masukkan bahan-bahan
kisar, santan, daging, air asam jawa
serta kerisik ke dalam kuali. Dikacau
sekali sekala.
3. Masak dengan api yang sederhana. Apabila
sudah agak kering, masukkan garam, gula
serta sedikit perasa.
4. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan
daun kunyit yang telah dimayang halus.
5. sedap dimakan dengan lemang atau
ketupat daun palas.
pinggan/mangkuk claytan? wahh lawalah :)
BalasPadamsedapnya rendang tu.. terus jd lapar nih
Sedap ke.... thanks Umi.Kalau nak tahu sedap ke tidak, cubalah resepinya....
Padam