Jumaat, 7 September 2012
Kurma Kambing
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ceria untuk anda semua, semoga sihat selalu. Entri kali ini mengenai masakan kurma daging kambing. Memandangkan stok daging masih ada lagi dalam simpanan, maka saya masakkan kurma daging. Biasanya bila dengar je... daging kambing, mesti orang takut nak makan sebab panas atau orang yang punyai tekanan darah tinggi, tekanan darahnya akan naik.
Petuanya kalau nak masak daging kambing, masaklah dengan buah kundur supaya tak panas. Tapi kali ini saya letakkan ubi kentang sahaja. Mari kita lihat resepinya...
Resepi Kurma Daging Kambing
Bahan-bahan:
1 kilo daging kambing- dipotong kecil
5 biji kentang dipotong
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 sdb serbuk kurma - dibancuh dgn sedikit air
1 biji kelapa diambil santan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntun bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam keping
2 biji cili merah dibelah 2
1 biji bawang besar dibelah 4
garam serta perasa
Cara membuatnya:
1. Bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu
manis, bunga lawang, bunga cengkih dan
buah pelaga. Kemudian tumis bahan yang
dihiris halus.
3. Masukkan rempah kurma, biar hingga naik
minyak. Dikacau sekali sekala supaya
tidak hangit.
4. Masukkan daging kambing, biarkan
mendidih. Kemudian masukkan kentang. Biar
mendidih sekejap, barulah masukkan santan.
Masukkan asam.
5. Tunggu sehingga daging dan kentang empuk,
baru masukkan garam serta perasa. Akhir
sekali masukkan bawang serta cili. Bila
semuanya sudah masak angkat serta
hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi
panas serta acar timun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan