Sabtu, 4 Ogos 2012
Tips Mendidik Anak
Assalamualaikum wrh wbr......
Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa anak adalah anugerah dari Allah swt kepada sesebuah keluarga. Maka hendaklah kita mendidik mereka dengan sebaik-baiknya agar menjadi anak yang soleh, berguna didunia dan akhirat. Sudah pastilah didikan yang diberikan berdasarkan pendidikan agama.
Setiap anak yang dilahirkan adalah bersih dan suci seperti kain putih, maka orang tuanyalah yang akan mencorakkan anaknya samaada meyahudikan, menasranikannya atau memajusikannya. Tanggungjawab itu terletak di tangan ibubapa bagi membesarkan serta mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh-solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Sebenarnya proses pendidikan anak bermula dari dalam kandungan ibu lagi. Pendidikan di peringkat ini bercorak kerohanian:
1. Bagi ibu-ibu mengandung dinasihatkan
banyak membaca Al Quran terutama surah
Yusuf dan surah Maryam.
2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa agar anak
yang bakal dilahirkan akan menjadi anak
yang soleh-solehah, beriman, berilmu serta
berakhlak mulia.
3. Ibu juga hendaklah memakan benda-benda
yang datangnya dari sumber yang halal
agar anak yang bakal dilahirkan bermula
dengan darah daging yang halal.
4. Ibu yang hamil juga digalakkan agar
banyak mengamalkan zikir.
5. Ibu yang hamil hendaklah sentiasa bersifat
sabar dan sentiasa senyum serta menjauhkan
sifat mazmumah iaitu sikap yang tidak baik.
Apabila anak dilahirkan ke dunia, maka hendaklah mengazankan bagi anak lelaki dan mengkhamadkan bagi anak perempuan. Selain itu, anak yang baru lahir juga hendaklah disuapkan manisan seperti madu dan kurma.
Ini adalah tips bagi mendidik anak-anak:
1. Mulakan hidup anak dengan panggilan
yang baik kerana panggilan nama yang
kurang baik akan menyebabkan anak akan malu
dan merendah diri.
2. Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap
hari akan mempunyai kekuatan IQ yang
lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk.
3. Pandanglah anak dengan pandangan
kasih sayang. Pandangan ini akan
membuat anak lebih yakin diri bila ber-
hadapan dengan persekitaran.
4. Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat
kebaikan. Berilah pujian, pelukan,ciuman,
hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5. Janganlah mengharapkan anak yang belum
matang melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka
membuatkan mereka ingin menyelami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dgn masalah
kerja atau keluarga, pilihlah keluarga.
Seorang penulis menyatakan anak2 akan terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak
akan kembali lagi.
7. Di dalam membesar dan mendidik anak,
janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka suatu
bebanan.
8. Dengarlah cerita anak, kerana cerita anak
itu tak akan dapat di dengari pada masa
akan datang. Tunggu giliran anda untuk
bercakap. (Ini akan mengajar anak anda
tentang giliran untuk bercakap).
9. Tenangkan anak setiap kali mereka
memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak bagaimana cara
untuk menenangkan diri. Mereka akan
menirunya.
Demikianlah serba sedikit tentang tips-tips mendidik anak-anak. Mudah-mudahan ianya akan menjadi panduan untuk saya serta teman-teman semua.
sumber-enternet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan