Rabu, 15 Ogos 2012

Puding Laici Berkuah

 
            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam persaudaraan untuk semua, semoga anda semua sukses selalu. Rasanya kita sudah pun hampir berada di penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dua tiga hari lagi kita akan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba nanti.

     Entri kali ini saya nak share resepi yang saya cuba dari YATI MEMORIES untuk berbuka iaitu puding laici berkuah. Okey juga rasanya. Terima kasih Yati kerana mengongsikan resepi tersebut. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya. Kita tengok resepinya....


Resepi Puding Laici Berkuah

Bahan-bahan puding:

1 cawan tepung kastard
1 sdb tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua sekali dan dimasak di
   atas api yang sederhana dan dikacau sampai
   pekat dan likat.
2. Setelah pekat dan likat, angkat dan
   masukkan ke dalam acuan yang berbentuk
   supaya senang dimakan.
3. Sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku
   dan keluarkan dari acuannya.
4. Dihidangkan bersama fruit cocktail atau
   laici dan kuahnya.

Kuahnya:

1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan tin susu cair itu
           juga)
Gula ikut suka rasa manis
jika suka boleh letah 1 biji kuning telur

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan-bahan dan jerangkan 
di atas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu, kemudian sejukkan dalam peti ais.

Hiasan: 

1 tin fruit cocktail.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan