Jumaat, 3 Ogos 2012

Pajeri Nenas

  
         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Sedar tak sedar, malam ini adalah malam ke lima belas hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut lebaran. Saya percaya para ibu-ibu atau suri rumah tangga dah mula membuat kuih untuk persiapan menyambut hari lebaran yang bakal tiba nanti. Okey lah entri kali ini mengenai masakan pajeri nenas yang dimasak untuk berbuka puasa. Mai kita tengok resepinya dulu....



Resepi Pajeri Nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas masak dibelah dan dipotong
3 sdb rempah kari ikan
3 sdb rempah kari daging
2 sdb kerisik 
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kulit kayu manis
sejemput udang kering
2 1/2 cawan santan
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dimayang 
   halus. Bancuhkan rempah kari ikan, kari 
   daging, kerisik dengan sedikit air.
2. Panaskan 3 sdb minyak masak, tumiskan 
   bawang yang dihiris bersama kulit kayu 
   manis. Biarkan sehingga garing.
3. Masukkan rempah, dikacau supaya tidak
   hangit. Masak rempah sehingga naik 
   minyak.
4. Masukkan nenas, dikacau-kacau lagi.
   Masukkan santan. Biarkan sehingga 
   mendidih.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula
   secukup rasa. Bila dah masak bolehlah
   diangkat. siap untuk dihidangkan.


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan