Sabtu, 18 Ogos 2012

Ketupat Daun Palas

         
          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Selamat malam semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya di samping keluarga.
Mungkin hari ini, ramai di antara suri-suri rumah yang sibuk menyediakan rendang ketupat untuk hari raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan saya, hari ini saya juga membuat ketupat daun palas. Tak meriah raya kalau tak ada ketupat daun palas ini. So, saya buatlah ketupat ini. Bagi sesiapa yang nak cuba buatkan ketupat ini, cara membalutnya kenalah tengok kat youtube. Mai kita tengok resepinya dulu...




     Ini daun palas yang dah dibuka untuk dibuat ketupat.
 

        Ini pula daun palas yang dah diisi dengan pulut tetapi belum direbus lagi.


 Ini pula ketupat yang sudah siap direbus.


Resepi Ketupat Daun Palas

Bahan-bahan:


1 kilo beras pulut
1 kilo santan pekat
2 helai daun pandan diikat
garam secukup rasa
daun palas secukupnya

Cara membuatnya:


1. Bersihkan pulut dan toskan.

2. Masak santan, garam serta daun pandan.

3. Apabila santan sudah mendidih, masukkan 
   beras pulut tadi. Sentiasa di kacau agar
   tidak berkerak.

4. Angkat dan bolehlah dibungkus dengan 
   daun palas.

5. Apabila dah habis dibalut, bolehlah
   direbus di dalam periuk yang agak besar
   sedikit. Masukkan air hingga tenggelamkan 
   ketupat tadi. Tutupkan periuk.

6. Rebus sehingga air kering.

7. Sedap dimakan dengan rendang, kari daging
   atau serunding.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan