Sabtu, 18 Ogos 2012
Biskut Badam
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Esok hari kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Saya kira mungkin dah ramai yang telah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya bersama ayah dan bonda serta sanak saudara.
Walau apa pun jua selamat Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan.
Entri kali ini, mengenai kuih badam yang saya cuba buatkan. Resepi ini saya cuba dari resepi YATI MEMMORIES. Terima kasih saya ucapkan atas resepinya. Mohon izin saya letakkan resepinya di sini...
Resepi Kuih Badam
Bahan-bahan:
375gm mentega (1/2 cawam mentega)
1 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
1 cawan badam hancur
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
untuk hiasan
2 biji kuning telur
badam cincang
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla,
Gaul hingga sebati.
2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan
tepung gandum dan uli menjadi doh yang
lembut.
3. Canai dan terap mengikut acuan yang
disukai.
4. Letakkan di atas loyang dan sapukan
kuning telur dipermukaan biskut dan
taburkan sedikit badam cincang.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga
masak pada suhu 160C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan