Khamis, 2 Ogos 2012
Agar-agar Bandung
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kawan-kawan semua. Seperti biasa entri kali ini mengenai masakan agar-agar bandung. Agar-agar ini memang mudah sangat nak dibuat kerana tak banyak bahan yang digunakan. Kita lihat resepinya...
Resepi Agar-agar Bandung
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan susu pekat manis
5 1/2 cawan air
sehelai daun pandan
perasa sirap ros
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga
agar-agar cair. Masukkan daun pandan
yang disimpul.
2. Masukkan gula sambil dikacau, biarkan
gula larut.
3. Masukkan susu dan akhir sekali masukkan
perasa dan pewarna sirap ros. Bila dah
mendidih, angkat.
4. Masukkan ke dalam acuan atau loyang
yang disukai. Biarkan sejuk sedikit, baru
masukkan ke dalam peti ais. Sedap dimakan
bila cuaca panas-panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan