Sabtu, 16 Jun 2012
Solat Itu Tiang Agama
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ukhwah kepada semua teman-teman, semoga kita semua berada dalam keberkatan Ilahi Rabbi. Entri kali ini hanyalah sedikit tazkirah panduan untuk diri sendiri mengenai solat.
Seperti mana yang kita ketahui bahawa solat adalah salah satu amalan yang diwajibkan oleh setiap orang muslim. Ianya juga merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Sesuatu yang rukun itu adalah diwajibkan.
Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.(maksud Hadith)
Hendaklah kita mengerjakan solat kita dengan khusyuk dan tawadhuk agar ianya lebih sempurna.
Inilah doa untuk merangsang diri dan keluarga kita agar menjaga solat.
Kelebihan solat:
1. Boleh melahirkan umat Islam yang terbaik
yakni dapat mendidik setiap insan memiliki
keperibadian yang tinggi.
2. Boleh mencegah daripada melakukan
perkara2 yang mungkar.
3. Dapat membantu kita sama ada susah
atau senang.
4. Mendidik dan melatih kita menjadi orang
yang dapat menghadapi segala kesusahan
dengan hati yang tenang dan sabar.
5. Menghasilkan sifat tetap pendirian,
mengekalkan kita dalam mengerjakan
sesuatu kebajikan.
6. Menjadikan hati manusia baik dan bersih
di samping dapat memberikan ketenangan
hati serta melahirkan rasa cinta kepada
Allah.
Sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan amalan kita kepada Allah yang maha Esa. Dan semoga amalan yang kita kerjakan akan diterima Allah Azzawajalla.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan