Isnin, 14 Ogos 2023

Update Tanaman Terbaru

 Assalamualaikum...

Update lagi hari ni, kali ni update mengenai tanaman pula.Sekarang ni saya tengah merjinkan diri menanam pokok ulam serta sayur ditepi rumah. Sebenarnya tak ada laman, tapi saya cuba menanam pokok-pokok ulaman dan sayuran di dalam bekas atau polybag. Memang saya sangat suka menanam. Jadi, kita manfaatkan dikawasan sekitar dengan tanaman bunga dan sayuran.



Ini pokok daun pudina atau daun mint. Saya tanam hanya guna keratan batang je.




Ini pula pokok pineaple mint. Mulanya saya tanam menggunakan keratan batang. tak sangka pula tumbuh. Cantik warnanya, ada corak varigata gitu.



Pokok Thai Basil.



Ini pula pokok ulam daun selom. Nak makan ulam tinggal petik je.


Ini pula pokok betik. Beli buah betik yang masak, kemudian bijinya saya cuba semai. alhamdulillah tumbuh.



Pokok bayam malabar. Mulanya semai guna buji benih, kemudian saya cuba guna keratan batang pula, alhamdulillah tumbuh juga.


Pokok kacang bendi.


Pokok bayam brazil. Mudah sangat tumbuh hanya guna keratan batang je.


Pokok bunga telang.


Ini pula pokok ulam raja. Buat kerabu atau ulam, memang sedap.


Pokok ginseng jawa. Buat ulam atau sayur tumis pun juga sedap.


Pokok kacang tanah.


Pokok beluntas. Pucuk mudanya sedap kalau dibuat ulam.



Pokok ulam daun kemangi.


Juga pokok tomato.


Pokok kangkung juga ada ditanam.


Kebanyakkan pokok-pokok saya tanam dalam polybag saja.

Semoga terinspirasi teman-teman semua supaya belajar menanam dilaman rumah sendiri.

Selamat berkebun...


Ahad, 13 Ogos 2023

Tahniah Buat Pencapaian Anak-Anak

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga teman-trman sihat selalu. Bagi yang sedang sedang sakit jangan lupa makan ubat, semoga Allah swt mengangkat segala penyakitnya.

Saja je nak share pencapaian anak-anak dalam majlis ihtifal sekolah baru-baru ni, sebagai kenangan.



Anak saya yang nombor empat ni, tak sangka pula punya bakat terpendam rupanya. Bila dilihat orangnya pendiam je, tak banyak cakap. Katanya saja je masuk pertandingan syarahan Bahasa Melayu di sekolah, cuba-cuba je. Kemudian terpilih pula jadi wakil sekolah.


Terus bertanding antara sekolah-sekolah di daerah Gurun, Kedah. Tak sangka pula dapat Johan. Terus jadi wakil negeri. Bertanding lagi, Alhamdulillah dapat naib johan. 







Tapi apa-apa pun tetaplah bersyukur dengan pencapaian anak-anak setakat ini. Insyaallah tahun depan akan cuba lagi katanya dan akan buat yang terbaik, Semoga dapat pergi lebih jauh lagi.



Ini kakaknya (yang bertudung hijau) pun ikut ambil bahagian dalam syarahan juga, tapi tak terpilih. Alhamdulillah dapat naib johan dalam hafazan.



Juga alhamdulillah tahniah juga buat Siti Norhaida atas pencapaiannya mendapat mumtaz dalam Sijil Menengah Agama (SMA) tahun lepas.
Syukur alhamdulillah.

Kita sebagai ibu bapa tetap mendoakan yang terbaik buat anak-anak, yang penting biarlah mereka berjaya di dunia dan di akhirat.



Jumaat, 11 Ogos 2023

Masak Asam Rebus Ikan dengan Nenas

 Assalamualaikum semua...

Salam di hari Jumaat yang penuh berkat serta berbahagia ini, semoga mendapat keberkahan.

Lama tak update tentang masak-masak di blog ni. Kebetulan saya baru saja habis demam. Teringin rasanya nak makan masakan yang rebus-rebus dan yang agak masam. Jadi hari ni saya masak asam rebus ikan kembung campur nenas.


Bahan-bahan:

Bahan dikisar halus

3 biji cili merah besar

5 biji cili api

1 labu bawang besar

1/2 inci halia

1/2 inci kunyit hidup


Bahan lain:

1 keping asam gelugur

1/3 biji nenas (potong kecil-kecil)

sedikit daun kesum

garam, gula, perasa jika suka




Cara memasaknya:

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam 

   periuk, tambah air sebanyak mana yang 

   kita. Masukkan garam,gula,asam keping,

   serta nenas.

2. masak dengan api yang sedang sehingga

   kuah mendidih ganas. Perasakan dengan 

   garam.

3. Last sekali masukkan ikan dan daun kesum

   Tunggu sehingga ikan masak, baru tutupkan

   api. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta dengan sambal belacan dan ulaman.


Ahad, 6 Ogos 2023

Jalan-jalan ke Sunflower Garden di Bagan Datuk, Perak.

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua... dah lama saya tak update blog saya yang satu ini. Baru sekarang ada sedikit masa untuk mengisi blog saya yang dah lama ditinggalkan.

Semalam saya berkesempatan jalan-jalan ke taman bunga matahari yang terletak di Bagan Datuk, Perak. Lihat dari vlog orang lain, macam best ja taman bunga matahari. Memang best pun kepada sesiapa yang suka bergambar, banyak spot-spot yang menarik untuk kita rakamkan gambar sebagai kenangan.





Ini adalah pintu masuk, tempat bayaran tiket. Tiket untuk dewasa RM13, untuk kanak-kanak 7-11 tahun RM10, manakala kanak-kanak berumur 3-6 tahun RM5. Waktu buka pula pukul 9 pagi hingga 7.30 petang. Setiap orang diberikan sebungkus kecil makanan ikan untuk di berikan kepada ikan-ikan yang berada dikolam.



Ni sebahagian spot untuk bergambar. Pokok-pokok bunga matahari ditanam secara berperingkat. Ada yang baru tanam,ada yang sudah berbunga,ada juga bunga yang belum kembang.


Untuk dijadikan teduhan, ditanam pokok markisa.




Ada kolam ikan. Jadi, boleh beri ikan didalam kolam makan.



Lihat bunganya yang berkembang sungguh cantik. Bunganya sangat besar. Disebabkan cuaca panas, jadi ia agak menunduk ke bawah.


Spot foto yang sangat menarik.


Juga ada kedai yang menjual sevinior seperti fright magnet, keychain, topi dan sedkit makanan ringan, Jadi yang berminat boleh beli untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.








Sedikit foto kenangan disimpan disini.


Sebelum balik boleh shopping bunga-bunga di nursery bunga yang terdapat disana. Macam-macam bunga ada dijual.

Juga kat bahagian luar boleh menjamu selera digerai yang ada, ada dijual makanan goreng-goreng dan minuman disitu.

Jika ada kelapangan bolehlah bawa ahli keluarga berkunjung kesana. Anak-anak pasti suka. Kalau datangnya di tengahari, kenalah siapkan payung atau topi. Kalau tidak memang berpanaslah. Jumpa lagi di next update...


Isnin, 1 Mei 2023

Salam Aidil Fitri 1444H/2023 M

 Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog yang satu ini.

Saja simpan gambar kenangan raya disini. Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin.


















Ini anak-anak saudara sebelah suami.



Ini pula keluarga abang suami saya bersama anak menantu dan cucunya.



Kenangan photo bersama anak-anak saudara.