Jumaat, 25 Mac 2016

Kuih Apam Pisang


         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam sejahtera teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.

   Sarapan pagi ni saya buat kuih apam pisang. Memandangkan pisang kulitnya pun dah berwarna kehitam-hitaman, daripada dibuang nanti lebih baik saya buatkan kuih sahaja. Resepinya saya cuba dariresepi Fiza LGK. Memang sedap dan gebu kuih apamnya, apa lagi dimakan dengan kelapa parut. Sedap.... sangat.

   Izinkan saya letakkan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.


Resepi kuih Apam Pisang

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan
    boleh diganti dengan minyak masak) -saya
    guna 100 ml minyak masak 
4 biji telur
1 sdt baking powder
1 sdt baking soda
1 cawan gula
secubit garam

kelapa parut digaul dengan sedikit garam


Cara membutnya:

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder,
   ketepikan.

2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan
   baking soda dan garam.

3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega
   cair @ minyak. Kemudian masukkan pisang 
   lecek dan gaul rata.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedkit. Gaul
   rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang
   atau acuan yang disukai yg telah disapu
   dengan sedikit mentega/minyak.

5. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang
   sederhana. 


nota : Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih
       dahulu dan tutup kukusan perlu  
       dibungkus dengan kain supaya wap air 
       tidak jatuh ke atas permukaan kuih.

Rabu, 23 Mac 2016

Kerabu Pucuk Putat


           Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia semua... Cuti sekolah tempohari sempatlah balik bercuti kat kampung di utara tanahair. Tapi masyaallah panasnya, kat sebelah utara tengah musim kemarau sekarang. Takut rasanya nak keluar rumah. Waktu petang barulah boleh keluar jalan-jalan.

   Kebetulan kat kampung ada pucuk putat, jadi teringin nak makan kerabu, maka saya buatlah kerabu dicampur dengan sebiji mangga. Wah... sedapnya makan dengan nasi.


Resepi Kerabu Pucuk Putat

Bahan-bahan:

2 cekak pucuk putat (dihiris halus)
1 biji buah mangga muda (dicincang)
1 biji bawang besar
sedikit udang kepal
kelapa parut
sedikit air asam jawa
sambal belacan secukupnya
garam serta gula
  

Cara membuatnya:

1. Sediakan sambal belacan.

2. Kelapa parut dimesin sehingga halus.

3. Campurkan semua bahan, kemudian di gaul 
   sehingga rata.

4. Rasakan manis masinnya. Siap untuk
   dihidangkan.





Isnin, 21 Mac 2016

Majlis Akad Nikah Anak Saudara


         Assalamualaikum wrh... wbr...

     Alhamdulillah... anak saudara Mohd Muaz, telah bertemu jodoh dengan gadis pilihannya. 






     Dengan sekali lafaz sahaja, mereka sah bergelar suami isteri.




Barangan hantaran antara kedua belah pihak. 





 Pengantin sedang menjamu selera.



     Sebelum balik sempat bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.

    Semoga ikatan perkahwinan Mohd Muaz bin Mohd Rais bersama pasangannya akan terus berkekalan hingga ke Jannah.


Jumaat, 11 Mac 2016

Ikan Talapia Masak Padang


           Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman ceria selalu hendaknya. Kali ini saya cuba masak ikan talapia pula. Sebenarnya ikan talapia ni sedap kalau digoreng letak garam dan kunyit, tapi kali ini saya cuba masakan padang pula. Saya cuba dari resepi chef Haniliza. Memang sedap rasanya lauk padang ni. Izinkan saya copykan resepinya disini.


Resepi Ikan Talapia Masak Padang
Bahan-bahan:
2 ekor ikan talapia
4 cawan santan
3 biji tomato (dibelah 4)
1 labu bawang besar(dibelah 4)
5 biji cili merah
5 biji cili api
1 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut (koyakkan)
3 sdb minyak masak
garam secukup rasa


Bahan mesin:

5 biji cili merah
7 biji cili api
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (hiris halus)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras 


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin 
   sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkanmendidih.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping.
   Renihkan sehingga mendidih lagi. 
4. Masukkan pula bahan sayuran dan reneh
   hingga naik minyak dan pekat.
5. Tutupkan api dan angkat, hidang dengan
   nasi putih atau roti. 

Rabu, 9 Mac 2016

Kuih Apam Gula Merah


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat sahaja hendaknya di hari ini.
    
    Mungkin ada diantara teman-teman yang sempat melihat fenomena alam, gerhana matahari separa yang berlaku pada awal pagi tadi. Apa pun jua, semoga kejadian yang berlaku itu dapat menginsafkan diri serta dapat mempertingkatkan keimanan kita kepada yg maha esa.

     Petang tadi saya sempat membuatkan kuih apam gula merah. Maklumlah petang-petang perut pun rasa lapar. Kalau ada benda yang boleh dimakan sambil ngopi kan enak.... Kali ini saya cuba resepi dari Ucu Bakery.


Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan-bahan:
1 cawan air*
1/2 cawan gula merah*
1 helai daun pandan*(disimpul)
2 cawan tepung gandum
1 sdk yeast
3/4 cawan air
3 sdb gula
secubit garam

kelapa parut putih
sedikit garam.


Cara memasaknya:
1. Masak bahan yang bertanda * hingga gula 
   larut, kemudian sejukkan.
2. Campurkan semua bahan serta air gula yang 
   telah sejuk. Gaul rata.
3. Seeloknya campuran tadi dimasukkan di dalam
   bekas yang besar. Tutup dan biarkan selama
   40 minit atau sehingga adunan naik 3
   kaliganda.
4. Tuangkan ke dalam  acuan yang disukai yang
   dilengser dengan minyak terlebih dahulu.
   Biarkan 5 minit.
5. Kukus adunan selama 30-35 minit atau bila
   dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
6. Bila kuih sudah sejuk barulah dipotong
   untuk dihidangkan.



 

Sabtu, 5 Mac 2016

Segmen # Family Blogger


        Assalamualaikum wrh... wbr...

hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/segmen-familyblogger.html

    Join segmen Family Blogger yang dianjurkan oleh Umie Yana. Semoga dapat tersenarai antara 10 blogger yang bertuah. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. 

      Tarikh tamatnya 31 March 2016. 


 

Jumaat, 4 Mac 2016

Kuih Lopes


           Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bertemu lagi kita dientri kali ini, semoga beroleh rahmatnya dihari ini. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan di dunia yang fana ini.

   Entri kali ini mengenai masakan kuih orang lama iaitu kuih lopes. Anak-anak sekarang memang kurang berminat dengan kuih ni. Firstime buat kuih ni, selalunya nak makan beli je... tapi hari ni terlebih rajinlah pulak. Saya cuba dari resepi DAYANG JACK, memang sedap kuihnya. 

   Izinkan saya copykan resepinya disini pula ... ya. Jika nak cuba bolehlah lihat resepinya.


Resepi Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan (dikisar)
1 sdt air kapur
1/2 sdt garam
beberapa titik pewarna hijau

kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.



Air Gula:

3 ketul gula melaka
5 sdb gula
3 cawan air
1 helai daun pandan (diikat)



Cara membuatnya:

1. Cuci beras pulut, kemudian rendam beras
   pulut selama 3 jam, masukkan juga pewarna
   hijau serta air kapur.

2. Kemudian toskan dan masukkan kedalam 
   loyang. Kukus selama 20 minit. Selepas 
   itu masukkan santan serta air pandan 
   dan kukus lagi selama 30 minit.

3. Alas bekas 4 persegi dengan plastik / daun
   pisang. Masukkan pulut dan tekan padat-
   padat pulut tersebut. Biarkan sejuk,
   kemudian potong ikut bentuk yang disukai.

4. Kemudian golekkan ke dalam kelapa parut 
   yang digaul dengan sedikit garam.

Cara membuat air gula:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih, kemudian kecilkan apinya. Masak sehingga agak likat. Sejukkan dahulu, bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.