Ahad, 31 Januari 2016

Jalan-jalan ke Dataran Merdeka


        Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bersua kembali teman-teman semua di dunia maya ini, semoga anda semua berbahagia selalu.

      Kelmarin hari minggu, kebetulan abang saya datang dari Kuantan. Setelah mengambil dia di stesen bas, maka kami bawalah dia jalan-jalan kat sekitar Kuala Lumpur. Lagi pula dah lama juga kita tak jalan-jalan sbb sentiasa je sibuk.
      
      Biasanya kalau jalan-jalan ke KL diwaktu malam sahaja. Kebetulan kita datang di waktu siang. So dapat lah lepak-lepak sekejap kat Dataran Merdeka.

Sewaktu ke sana kebetulan taklah  ramai sangat pelancung yang datang.






 Bas pelancung berbangsa cina.




     
     Kita datang waktu sudah petang, tak lah begitu ramai sangat. Kalau tidak nak parking pun susah.

Khamis, 28 Januari 2016

Sambal Daging Kerisik


           Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam Jumaat teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu di hari yang penuh barokah ini.

    Agak lama juga saya tidak entrikan mengenai cerita tentang masak-memasak ini. Setelah beberapa lama sibuk ke klinik dan ke hospital, ditambah pula kena berpantang maka memasak pun slowlah sedikit. Bila dah habis tempoh berpantang ni, maka terasa pula nak makan ini nak makan itu. Sabor je lah.

   Kebetulan daging masih ada lagi dalam peti sejuk, kalau disimpan lama2 nanti tak sedap. Maka hari ini saya masak sambal daging kerisik. Lihat kat dapur Singgahsana Kitchen macam sedap je, maka saya cuba lah resepinya.

   Memang sedaplah sambal ni, kalau taknak makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan roti. Terima kasih di atas resepinya dan izinkan saya sharekan kat sini pula... ya. Marilah kita lihat resepinya.


Resepi Sambal Daging Kerisik

Bahan-bahan:

1 kilo daging
1 batang serai (dititik)
5 helai daun limau (tak letak)
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya


Bahan-bahan dikisar halus:

10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
5 ullas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, diikuti dengan 
   bahan kisar, tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar, belacan 
   serta kerisik. Setelah pecah minyak,
   masukkan daging. Kacau dan tutupkan 
   kuali supaya daging cepat empuk.

3. Semasa proses menunggu daging empuk,
   tambahkan air sedikit demi sedikit
   jika masakan kelihatan kering.

4. Setelah daging empuk, masukkan asam
   gelugur, hirisan daun limau serta garam 
   dan gula. Kacau dan renihkan sebentar
   sehinggalah kepekatan kuah yang di
   ingini. Bolehlah diangkat untuk
   dihidangkan.


Ahad, 24 Januari 2016

Baby baru hampir dua bulan sudah


           Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia teman-teman di dunia maya, semoga anda semua ceria-ceria selalu di awal tahun ini. Dah lama blog saya terbiar tak berupdate. Bukan apa, semenjak mengandungkan baby sibuk berulang alik ke klinik dan hospital. Memasak pun, lauk-lauk yang ringkas dan mudah aja. Asal saja dapat mengisi perut sudahlah.
    Alhamdulillah, saya selamat bersalin anak lelaki seberat 3.1 kg secara normal pada awal Desember yang lalu. Namanya Mohd Khairuddin Nasaie. Sekarang ni dah pun habis berpantang. Layanlah photo baby yang sempat diambil.


Baby ketika baru bersalin.

Waktu ni baby ada kuning sedikit.

Ketika ni, baby berumur seminggu lebih.


Baby selepas dicukur rambutnya yang sangat tebal tu.




Nyenyaknya Nasaie tidur.


 Waktu ni baby dah berumur  sebulan setengah.

Mama doakan semoga Nasaie membesar dengan sihat serta apabila dewasa nanti akan menjadi anak yang pintar serta soleh, insyaallah.

Khamis, 3 Disember 2015

Sayur Napa Cabbage Goreng Sos Tiram


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia teman-teman semua semoga berbahagia hendaknya. Dah lama juga tak mengupdate blog ni, dah bersawang nampaknya.
Di musim cuti sekolah ni, mungkin ramai diantara teman-teman yang mengambil kesempatan membawa anak-anak serta keluarga pergi bercuti. Selamat bercuti diucapkan kepada teman-teman semua dan semoga percutian anda kali ini akan lebih menyeronokkan lagi.

     Kali ini saya entrikan mengenai masakan yang ringkas sahaja iaitu sayur napa cabbage goreng sos tiram. Lihatlah resepinya yang ringkas ini.


Resepi Sayur Napa Cabbage goreng sos tiram

Bahan-bahan:
sayur napa cabbage (dipotong)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih *
3 biji cili api*
sedikit ikan bilis*
sedikit sos tiram
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa



Cara memasaknya:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk 
   sehingga sedikit kekuningan.
3. Masukkan sayur, goreng seketika. Masukkan 
   sos tiram.
4. Masukkan garam serta sedikit gula, rasakan    ia. Jika dah cukup rasa, bolehlah diangkat 
   untuk dihidangkan. 

Rabu, 11 November 2015

Kue Teaw Goreng Ringkas


        Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi kita dientri kali ini, dah lama blog ni tak berupdate, bukan apa moodnya sering ke laut je. Menunggu minggu-minggu  terakhir disaat kelahiran baby yg ke lima ini, memang perasaan takut dan berdebar-debar pun ada. Apa pun mudah-mudahan proses kelahiran nanti akan dipermudahkan dan selamat, insyaallah.
     
   Pagi ni teringin pula nak makan kue teaw goreng, apa lagi teruslah ke kedai berdekatan, beli bahan-bahannya. Alhamdulillah... dapatlah juga makan kue teaw masakan sendiri. Kalau makan yg dibeli, banyak songeh betul tak sedaplah tak menepati cita rasa lah, ada-ada saja yang tak kena.
     
  Jom lah lihat resepi yang ringkas dari saya.


Resepi Kue Teaw Goreng

Bahan-bahan:

1 bungkus kue teaw
4 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit isi daging/ayam/udang
1 biji telur
1 ikat daun kucai (dipotong)
sedikit sayur taugeh
setengah kiub ayam/ daging
sos tiram
sos ikan 
sos cili
kicap pekat
sedikit minyak utk menumis
 

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih
   hingga sedikit garing, masukkan daging.
   Goreng sebentar.

2. Masukkan kicap,sos tiram, sos ikan,
   sedikit sos cili serta kiub ayam. 
   Masukkan garam serta sedikit gula jika
   perlu.

3. Masukkan kue teaw, sayur taugeh serta 
   sayur kucai. Digoreng seketika, akhir 
   sekali pecahkan telur. Dikacau lagi.

4. Rasakan ia, jika dah ok rasanya, bolehlah
   diangkat untuk dihidangkan.

      
Sedap dimakan panas-panas bersama air teh atau kopi.



Ahad, 1 November 2015

Kerabu Daun Selom


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam di hujung minggu, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya.
Lama tak makan kerabu pucuk ulam. Tadi pagi saya berkesempatan ke pasar, terlihat daun selom yang segar. Teringat nak buat kerabu. Lalu saya pun beli lah satu ikat, cukuplah untuk dua orang makan je. Anak-anak kalau ulam ke atau sayur memang tak sentuh langsung.

   Jom lihat resepinya....


Resepi Kerabu Daun Selom

Bahan-bahannya:

1 ikat daun selom
kelapa parut secukupnya 
1 biji bawang besar
gula dan garam secukup rasa
1 biji limau kasturi
sedikit ikan bilis goreng (ditumbuk sedikit
    hancur)

Bahan tumbuk:

3 biji cili api
1 biji cili merah
1/2 inci belacan




Cara membuatnya:

1. Daun selom dicuci bersih kemudian dihiris
   halus. Bawang besar juga dihiris nipis.

2. Masukkan semua bahan hiris, kelapa parut
   serta bahan tumbuk ke dalam satu bekas.

3. Masukkan Perahan jus limau nipis, garam 
   serta gula secukup rasa. Rasakan ia, jika
   dah secukup rasa baru siap untuk
   dihidangkan.


Jumaat, 9 Oktober 2015

Kari Ikan Pari


         Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bertemu lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu.

    Hari ini saya masak kari ikan pari pula untuk santapan tengahari. Ikan pari ni biasanya orang masak asam pedas, baru sedap. Tapi hari ni saya masakkan kari memandangkan ikan ini agak berbau juga, jadi letak rempah kari lebih sikit barulah sedap rasanya.


Resepi Kari Ikan Pari

Bahan-bahan:
1 potong ikan pari (dipotong kecil)
kacang bendi
1 biji terung (dipotong)
2 bungkus kecil serbuk kari
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 tangkai daun kari
air asam jawa
santan secukupnya
sebikit minyak untuk menumis
garam dan perasa jika suka


Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang
   putih serta daun kari, biarkan sehingga
   kekuningan.
2. Masukkan rempah kari  yang dicampur dengan
   sedikit air, Biarkan hingga naik minyak.
   Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
3. Masukkan ikan serta terung dan kacang
   bendi. Kacaukan ia sebentar.
4. Kemudian barulah masukkan santan. Biarkan
   sehingga ia mendidih.
5. masukkan pula garam serta perasa secukup 
   rasa. Bilau sayur terung dan bendi sudah 
   masak, barulah diangkat untuk dihidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.