Ahad, 31 Ogos 2014
Nasi Tomato
Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Salam kemerdekaan diucapkan kepada teman-teman semua, semoga kita semua berada dalam lindungan Allah selalu. Dah lama tak update mengenai resepi-resepi masakan, bukan apa mood malas datang melanda. Kalau masak pun, masakan yang simple-simple je.
Oleh kerana anak bujang pun ada kat rumah, jadi kena lah masak yang spesial sikit. Kasihan juga kalau kat rumah sewanya pun tiap hari asyik makan bungkus je, jemu katanya. Jadi hari ni saya masak nasi tomato untuk santapan keluarga dihari merdeka ni. Apa-apa pun lihatlah resepinya dulu.
Sebenarnya firstime saya masak nasi tomato ni. Biasa lah kalau ada nasi tomato, mesti ada sambal ayam.... kan. Dan saya buatkan acar timun untuk dijadikan sayurnya.
Resepi Nasi Tomato
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
sedikit minyak sapi untuk menumis
4 sdb tomato puri
2 sdb sos tomato
1 cawan susu cair
air secukupnya
kiub ayam
garam secukup rasa
Rempah empat sekawan (bunga lawang,
bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit
kayu manis)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia.
Cara memasaknya:
1. Beras direndam dahulu selama lebih kurang
30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi, masukkan rempah
4 sekawan. Kemudian masukkan bawang merah,
bawang putih serta halia yang dihiris
halus.
3. Apabila bahan tumis sudah garing, masukkan
tomato puree, sos tomato serta susu cair,
kiub ayam serta garam. Biarkan sehingga
mendidih.
4. Kemudian bahan-bahan tumis ini dimasukkan
ke dalam periuk yang berisi beras.
5. Masukkan air seperti memasak nasi biasa.
Biarkan ia masak seperti biasa menggunakan
rice cooker.
Resepi Ayam masak Merah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (di potong kecil, dicuci kemudian
diletakkan garam serta kunyit)
cili kering (dikisar)
2 sudu makan sos tomato
serai (dititik)
1 labu bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 inci halia*
garam serta sedikit perasa
kunyit
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Ayam yang diletak garam kunyit di goreng
separuh masak.
3. Panaskan minyak, masukkan serai. Tumis
bahan kisar sehingga sedikit garing,
masukkan cli kisar. Masak sehingga cilinya
garing atau naik minyak.
4. Masukkan ayam, tambahkan air supaya
tidak kering. Masukkan bahan lain seperti
garam,gula, sos tomato serta bahan-bahan
lain. Perasakan garamnya. Kalau dah okey
barulah diangkat.
Resepi Acar timun
Bahan-bahan:
1 biji timun (dipotong dan direndam dengan
sedikit air garam)
2 ulas bawang kecil (dipotong)
2 biji cili api (dipotong)
sedikit cuka
garam dan gula
Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
Masukkan gula dan garam, perasakan ia.
Bila dah cukup rasa, barulah boleh dihidangkan.
Sabtu, 30 Ogos 2014
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Hari ini 31hb Ogos 2o14, maka seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 57. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur sepanjang masa serta terhindar daripada segala bala bencana serta segala musibah.
Khamis, 28 Ogos 2014
Segmen Blogwalking Merdeka Bersama Ayuinsyirah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Sempena bulan merdeka ni saya juga ikut join segmen blogwalking yang dianjurkan oleh Ayuinsyirah ni. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tutupnya 31hb Ogos 2014.
Isnin, 25 Ogos 2014
1st Giveaway by Melangkau Garisan With Love
Assalamualaikum wrh... wbr...
Melihatkan sambutan yang begitu menggalakkan, jadi saya pun ingin join giveaway yang dianjurkan oleh MG ni. Jadi kepada teman-teman jomlah sama-sama kita join. Kalau siapa yg nak ikut join bolehlah klik kat banner.
Giveaway Merdeka Lestari
Assalamualaikum wrh... wbr...
Join giveaway lagi. Kali ini join giveaway anjuran dari Kasih Lestari. Marilah teman-teman kita support giveaway dari teman kita ini. Bagi teman-teman yg ingin ikut join, bolehlah klik kat banner.
Tarikh tamatnya 31hb Ogos 2014.
Ahad, 24 Ogos 2014
Jalan-jalan ke Pulau Indah
Assalamualaikum wrh..... wbr....
Salam di hujung minggu, teman-teman semua. Semoga teman-teman berbahagia selalu hendaknya. Hari ni terasa boring sangat dah lama tak jalan-jalan, badan pun rasa tak sihat sebab asyik berkurung je kat rumah. Jadi ajak my hubby jalan-jalan, tapi tak tahu kemana. Katanya, jomlah kita jalan-jalan ke Pulau Indah.
Pergi ikut highway SKVE yang baru dibuka, melalui jambatan yang bawahnya sungai yang memisahkan antaraPulau Carey dan Pulau Indah.
Sampai kat Pulau Indah, perut pula terasa lapar. Pekena dulu mi bandung udang pulau kat gerai-gerai yang terdapat disitu. Rasanya pun okey juga tetapi terasa sedikit manis. Bila perut dah lapar, tak kira lah manis ke tidak, bila makan habis juga semangkuk.
Jalan-jalan kat pelabuhan, hari minggu ni sunyi je. Nilah bangunan yang kelihatan dari atas jambatan tadi.
Lepas tu singgah lah pula ke terminal star cruise, tapi sayangnya dah ditutup. Terbuka kepada orang-orang tertentu sahaja.Kalau dulu bestnya dapat masuk hingga kedalam. Dapat ambil pic dari luar je lah.... frust la juga.
(gambar cik google)
Inilah rupanya bangunan terminal Star Cruise (sekarang Glenn Cruise Terminal). 10 tahun dulu, boleh tengok dari dekat kapal star cruise nya.
Kat Pulau Indah ni memang terkenal dengan pelabuhan. Dilihat memang banyak kontena-kontena barang dekat pelabuhan tersebut. Dah habis pusing-pusing, bertolaklah balik.
Khamis, 21 Ogos 2014
Segmen Raya 2014 By Bella Din
Assalamualaikum wrh... wbr...
Join lagi segmen yang dianjurkan oleh Bella Din ini. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja. Jika ada kawan-kawan yang nak join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tutupnya 5hb Oktober 2014.
Langgan:
Ulasan (Atom)





