Khamis, 14 Februari 2013

Puding Kastad Jagung

           
                 Assalamualaikum wrh wbr......
         
      Salam bahagia teman-teman di malam Jumaat yang penuh barokah  ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Hari ini terasa rajin lah pulak, maka saya buatkan puding kastad jagung. Dah lama tak makan puding ni. Kalau tengah cuaca panas makan puding jagung yang sejuk pasti enak dan nyaman di tekak. Apa pun lihat lah resepinya. Saya cuba resepi ni dari Normasri. Terima kasih atas resepinya.





Resepi Puding Kastad Jagung

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (cream style)
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 1/2 cawan susu cair/santan

Cara memasaknya:

1. Campurkan tepung kastad, gula,jagung, 
   susu dan air.
2. Kacau di atas api yang sederhana hingga 
   pekat dan berkilat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau
   acuan kesukaan.




Selasa, 12 Februari 2013

Contest Blog Comel by Nabila Biela


          Assalamualaikum wrh... wbr...




              Sekali lagi Nabila Biela menganjurkan segmen yang best sangat iaitu Contest Blog Comel, jadi saya juga ingin mencuba lagi kalau-kalau ada rezeki. Kepada kawan-kawan, apa tunggu lagi.... Marilah kita ramai-ramai mencuba nasib, selain itu marilah kita sama-sama memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh adik Nabila Biela ini. Bagi yang ingin menyertai bolehlah lihat gambaran hadiahnya kat SINI


  Syarat-syaratnya:

   1. Mesti Follow blog Nabila Biela dan like
      pages.
   2. Buat satu entri ringkas dan tampal kat 
      atas dan backlink kan kat entri ni
      letak link entri kat komen di bawah ni.
   3. Like SINI.
   4. Like SINI.
   5. Tamat pada 10/3/2013.
   6. Pemenang dipilih berdasarkan blog
      comel, kemas dan cepat loading.

Cepat....cepat.... siapa cepat dia dapat.



Muzium Kota Lukut

         
         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ada di antara teman-teman yang sudah kembali pulang dari bercuti sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua. hari ini saya berkesempatan pergi melawat muzium peninggalan sejarah Kota Lukut yang terletak berdekatan dengan Port Dickson. Saja bawa anak-anak jalan-jalan ke sana, biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah Kota Lukut.


     Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut bermula dari awal kurun ke 19 sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada pada tahun 1880. Bangunan Muzium Kota Lukut yang terletak di sebelah Timur dan di bahagian belakang kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintahan Lukut (1847-1845) yg bercirikan senibina Bugis.





Inilah Muzium Kota Lukut. Muzium ini terdapat empat galeri utama iatu:
Galeri A -memaparkan tentang sejarah Kota 
          Lukut yg pernah mencapai zaman
          kegemilangannya bermula dari kurun 
          ke 19 di bawah  pemerintahan 
          beberapa pembesar.
Galeri B -memaparkan tentang sejarah 
          kedatangan adat perpatih, sistem 
          pemerintahan Negeri sembilan dan 
          kebudayaannya.
Galeri C -memaparkan mengenai perkembangan
          teknologi pembuatan masyarakat 
          tradisional dari aspek senicipta
          dan seni halus dalam peralatan
          untuk kegunaan harian.
Galeri D -memaparkan mengenai kebudayaan
          masyarakat Malaysia melaluikepel-
          bagaian kebudayaan termasuklah seni 
          budaya, pakaian, permainan  
          tradisional, alat muzik dan
          sebagainya.











     Ini adalah lesung kaki digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan beras yang digunakan oleh orang-orang dulu.



              Ini pula alat permainan tradisional orang-orang Melayu iaitu gasing dan congkak.



            Ini pula sebahagian alat-alat muzik yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada masa itu.


Selasa, 5 Februari 2013

Kuih Kaswi Pandan

     
        Asalamualaikum wrh wbr....

        Salam bahagia kepada anda semua. Petang-petang begini, cuaca pulak redup je. Sedap juga kalau ada juadah untuk minum petang. So, saya buat lah kuih kaswi pandan memandangkan dah lama tak makan kuih ni. Kali ini saya cuba dari Cikgu Hafi@ My resepi. Sedap sangat kuihnya.




        
Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika 
         tak suka manis)
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
daun pandan
pewarna hijau
1 sdk air kapur

1/2 biji kelapa parut putih

sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan di atas, kemudian 
   tapiskan kedalam loyang atau masukkan 
   kedalam acuan yang disukai.
2. Kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah sejuk barulah dipotong, bagi yang 
   menggunakan loyang.
4. Gaulkan kelapa bersama sedikit garam. 
   kemudian hidangkan bersama kuih kaswi
   tersebut.



Isnin, 4 Februari 2013

Perpustakaan Raja Tun Uda

       
            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia kepada teman-teman semua. Hari minggu kelmarin, saya sempat membawa anak-anak ke Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bukan apa sekali-sekala hendak juga kita tanamkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak. Best juga bawa anak-anak ke sana.




         Ini kat cafe yang terletak di bahagian luar perpustakaan. Bila dah penat-penat membaca boleh menjamu selera kat cafe tersebut.



        Kelihatan masjid Shah Alam dari bangunan tersebut.









          Suasana yang sungguh selesa untuk anak-anak meluangkan masa bagi memupuk minat  membaca di kalangan anak-anak.



       Ada juga kemudahan internet kepada pengguna, bayarannya RM1 untuk sejam.







          Pelbagai jenis buku cerita ada kat sini. Boleh baca dengan sepuas-puasnya. Selain buku cerita untuk kanak-kanak, ada juga buku-buku untuk orang dewasa seperti buku novel, buku agama dan sebagainya.

     Kepada ibubapa yang ada kelapangan dan tidak tahu tujuan hendak kemana-mana bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan tersebut.




Sabtu, 2 Februari 2013

Segmen Jom Blogwalking by Nabila Biela






Assalamualaikum wrh wbr......

     Jalan-jalan ziarah blog teman-teman, terjumpa lah segmen Jom Blogwalking yang dianjurkan oleh Nabila Biela. Tengok hadiahnya okey juga. Teringinlah nak join sekali, manalah tahu kalau-kalau ada rezeki. Kalau tak dapat pun tak apa, yang penting kita nak perbanyakkan kenalan dan hubungan silaturrahmi di antara kita semua. Kalau ada juga teman-teman nak join bolehlah juga. Nak tengok hadiahnya serta syarat-syaratnya, lihatlah kat SINI.


Yang penting kenalah LIKE dan FOLLOW semua sponsor berikut:


      1. Butik Fairytopia... LIKE

      2. Butik Doll scarf... LIKE
      3. Tudung Sweet Aryan... LIKE
      4. Elleta Fasion... LIKE
      5. Butik Zea Rea... LIKE
      6. Blog Aku Penghibur... FOLLOW
      7. Blog Fatin Amalina Husna... FOLLOW
      8. Premiun Beautiful... FOLLOW

Segmen ini tamat pada 10/2/2013.

Jomlah ramai-ramai kita sertai segmen ini.





Jumaat, 1 Februari 2013

Nasi Dagang

       
          Assalamuaalaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga berhagia di hujung minggu ini. Berjaya juga saya masak nasi dagang kali ini. Resepinya saya ambil dari Chef Wan. Untuk hidangan acar timun saya cuba dari resepi Rohah Damai Qalbu. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan resepinya. Okey lah juga rasanya. Almaklumlah pertama kali cuba masak nasi dagang ni, sudah pasti ada kekurangannya. Walau apa pun jua, lihatlah resepinya....






Resepi Nasi Dagang

Nasi Dagang

Bahan-bahan:
1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam 
   pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
   beras tersebut selama 30  minit.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan 
   santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus 
   lagi selama 30 minit.
3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan 
   tambah halba, halia, bawang, gula serta 
   garam. Teruskan lagi mengukus selama
   20 minit.
4. Bila dah masak barulah di angkat untuk 
   dihidangkan.

Kari Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

pes rempah:

10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar

Cara memasaknya:

1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan 
   bahan rempah hingga wangi. Tambah santan 
   serta asam gelugur dan renehkan sebentar.
3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan 
   perasakan garam serta gula. Tambah cili
   dan renehkan selama 5 minit atau sehingga 
   masak.

Acar Timun

Bahan-bahan:
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Caranya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di 
   tengahnya. Mayang halus seperti batang 
   mancis.
2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau 
   dihiris seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam 
   air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci 
   bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia 
   kering.
5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga
   sebati.
6. Kemudian hidangkan bersama nasi.