Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua, semoga sahabat semuanya berbahagia selalu.
Tak sempat nak update semalam, hari ni baru ada masa terluang. Biasalah setiap hari Selasa saya akan mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama kawan-kawan. Walaupun sedikit sibuk, tapi tetap juga menghadirkan diri ke kelas, supaya ilmu tetap dipelajari dan kalau ditinggalkan lama-lama akan terlupa nanti.
Alhamdulillah, semalam ada juga kawan-kawan yang datang, jadi seronok sikitlah nak belajar.
Dua minggu sebelum ini hanya saya seorang saja yang hadir, kawan-kawan yang lain ada halangan tak dapat mengikuti kelas.

Walaupun sorang tetap juga hadir, namanya belajar tak kisah lah ramai atau sedikit, yang penting dapat ilmunya.
Inilah sebahagian pelajaran yang diajari pada minggu ini. Dan juga minggu ni adalah minggu last belajar kerana kita akan berpuasa di bulan depan. Dalam bulan puasa juga akan ada group tadarus pula. Sayangnya ditahun ini saya tak dapat mengikuti kegiatan tadarus kerana sibuk dengan kerja.






Alhamdulillah aktiviti yang terbaik..
BalasPadamYa lah cikgu... umur-umur macam kita ni kena ada kegiatan, baru, bersemangat sikit.
PadamSeronoknya menimba ilmu yang bermanfaat
BalasPadamAlhamdulillah Notie... perlu belajar ilmu macam ni, supaya kita tak lupa., padahal waktu dulu pun kita dah pernah belajar.
Padamalhamdulillah rezeki menuntut ilmu.
BalasPadamAlhamdulillah Cie... dapat juga kenal kawan-kawan kat tembat baru ni.
Padamalhamdulillah.. lagi seronok nak belajar bila ada kawan2 join sekali.. ^^
BalasPadamMemang pun kan...
PadamBestnya kalau dapat belajar macam ni. SA join kat office je..itupun setiap Rabu je...
BalasPadamTapi kalau sendiri, bagus juga kak. JD guru bisa fokus mengajari kita sorang 😄.
BalasPadam