Ahad, 11 Oktober 2026

Kegiatan Di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Di hari minggu ni memang hari yang paling sebok. Semua kerja-kerja rumah kalau boleh nak selesaikan hari ni. 

Pagi-pagi tadi rasa malas nak keluar kedai beli sarapan. Oleh kerana ada nasi sejuk lebihan semalam, jadi saya gorenglah menggunakan sambal belacan lebihan semalam.





Tengah bersarapan pagi, tetiba acik sebelah rumah bagi bunga. Dah habis sarapan, apalagi start lah menanam bunga hari ni.


                                     


                                      

Tanam juga pokok daun pandan. Kalau nak buat kuih tak payah lagi nak meminta ke jiran.


Dah tengahari baru lah masuk dapur. Itupun masak yang mudah saja. Ayam goreng kunyit, ulam dan sambal belacan saja. Cukuplah buat makan tengahari.



 

Ulam pucuk ulam raja dan pucuk kaduk.

 
                                      

Bila dah petang perut pun lapar semula, teringin pula nak makan kuih onde-onde keledek ataupun buah melaka.




Maka merajinkan diri menggentel buah melaka menggunakan ubi keledek oren. Nanti saya sharekan resepinya.


3 ulasan:

  1. Rajinnya puan buat kuih tu! Sy takde skill ni, ditambah pula tak rajin hehe...
    Dapat pokok bunga dari jiran, seronok! Sy pun jiran pernah bagi pokok Ros, sampai skrg dah beranak pinak pokoknya alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Hari minggu SA last week, sarapan kat luar...bz skrg tu yang lambat up kat blog..

    BalasPadam
  3. Cantiiik bunganya . Kalau nanti tumbuh lebih subur dan berbunga lebih banyak, pasti lebih terlihat meriah taman kakak.

    Kue itu kami sebut klepon kalau di sini. Naah saya sukaaa kalau dibuat pakai ubi jalar kuning atau pernah juga mama buat dari potato. Lebih lembuuut daripada pakai tepung biasa

    BalasPadam