Assalamualaikum...
Masih lagi cerita balik kampung ituhari. Minta maaf tak sempat nak blogwalking ke blog teman-teman. Awal tahun ni sibuk dengan macam-macam tugasan. Almaklumlah buat persiapan untuk anak-anak start masuk sekolah ditahun baru.
Baru sekarang ada sedikit masa. Update apa yang patut. Balik kampung ituhari pun tak banyak cerita sangat.
Sekadar share suasana kampung di belakang rumah orang tua. Time ni orang tua baru sahaja membajak sawah, jadi banyaklah burung-burung bangau yang berkumpul untuk mencari makan di bendang.
Biasanya kalau balik kampung di belakang rumah disuguhi dengan permandangan yang menghijau seperti padang. Tapi kali ni nampak kurang cantik disebabkan baru je lepas musim banjir. Sebelum ini padi orang tua dah masak, tapi tak sempat di tuai, habis ditenggelami banjir.
Oleh kerana banjirnya terlalu lama dan tenggelam sehingga melepasi paras pokok padi, Jadi semuanya hancur jadi lecur dan rosak. Tak dapat hasil sesen pun pada musim yang lepas.
Jadi terpaksalah membajak semula, serta menyemai kembali benih padi.
Mudah-mudahan dimusim kedepan, tiada lagi banjir yang melanda.
Time sekarang ini rasanya bapa dah selesai menabur benih padi, kalau pulang sekali lagi dapatlah menikmati kembali suasana kehijauan sawah padi.




Bestnya kampung ada view sawah.
BalasPadamAlhamdulillah... Dilahirkan di suasana kampung yang ada sawah bendang.
PadamSesekali teringin hendak menikmati suasana kampung yang aman damai.
BalasPadamBoleh Amie... datanglah ke negeri Kedah.
PadamMasih kekal suasana desa di sana kan..sawah kami tak dapat air masuk benar2 sungai dah tak sampai..tanam getah dah sawah kami tu..
BalasPadamYa ka... sayangnya. Tapi kalau dah tak boleh tanam padi, boleh diganti dengan tanaman lain juga. Tetap juga dapat hasilnya.
PadamAllahuakbar semuga tahun ni keluarga diela Allah limpahkan rezeki melimpah ruah sebagai penganti musibah tahun lepas. Seronoknya belakang rumah ada bendang. Bila bendang menghijau tenang mata memandang. Kg kat mana
BalasPadamYa lah Notie... mungkin ada khikmatnya yang kita tak tahu. Amin diatas doanya...
PadamAman damainya rasa. Rumah di kampung belakangnya ada sawah.
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamYa Allah sedihnya gagal panen ini 😭. Semoga next panen bisa berlipat ganda hasilnya ya kak. Resiko dari para petani, gagal panen yg disebabkan alam
BalasPadamAminnn atas doanya Fanny. Itulah harapan dan doanya, mudah2an hasil panennya nanti berlipat ganda.
Padam