Rabu, 3 Disember 2025

Bila Badan Tak Sihat

 

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni saya tak sehat, mengalami demam selsema dan batuk juga. Time hujan minggu lepas memang terkena sedikit hujan. Tak sangka pula akan jadi demam. 

Biasalah kalau demam, mesti akan merasa masalah tak lalu makan. Aduhai memang peritlah. Nampak makanan sedap je tapi tak boleh nak makan. Mulut akan terasa pahit. Air sahaja yang mampu ditelan.




Lihat ni dah macam-macam ubat dah saya telan. Tapi alhamdulillah hari ni dah semakin sihat. Dan dapat beraktiviti seperti biasa dah. Tapi masih lagi tak lalu makan. Ke pasar, nampak buah mangga terus beli.




Dapat makan buah yang ada rasa masam-masam, baru sedap rasa dilidah.

Didoakan juga kepada teman-teman yang tak sihat, sedang sakit. Rajin-rajinlah makan ubat, biar cepat sembuh.



Jumaat, 28 November 2025

Buat Kuih Apam Nasi Lagi

 Assalamualaikum...

Salam dihari Jumaat yang penuh barakah ini, semoga semuanya berada dalam limndungan Allah selalu.

Ini cerita hari selasa kelmarin. Dok pikir-pikir nak masak apa untuk dibawa ke majlis khatam quran kelmarin. 

Selepas balik kerja terus ke kedai aceh beli barang-barang untuk buat kuih apam. Letak beg terus masak nasi. Sambil-sambil panaskan pengukus, terus bancuh adunan kuih. Alhamdulillah... sempat juga siap kuihnya sebelum berangkat ke pengajian.



Share lagi resepinya di sini

Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

Kelapa parut putih

sedikit garam

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 cawan nasi

1 cawan air

1 paket yis mauripan

perisa pandan 

sedikit pewrna yang disukai




Cara membuatnya:

1.Blender gula, nasi dengan air hingga hancur.
2. Masukkan bahan blender kedalam bekas. caampurkan tepung gandum, tepung beras serta yis mauripan sehingga bercampur rata.
3. Perap selama 1 jam.
4. Bila adunan dah kembang, bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewrna dan perisa yang disukai.
5. Siapkan pengukus terlebih dahulu. Kukus airnya hingga mendidih.
6. Masukkan adunan kedalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan kuih dari melekat.
7. Kukus kuih selama 10 minit. Kalau kuih dah masak bolehlah diangkat.
8. Kukus kelapa putih sebentar untuk mengelakkan kelapa cepat basi.



Ini rupanya adunan yang belum dikukus.




Kuih apam ini memang sedap bila dimakan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.



Rabu, 26 November 2025

Majlis khatam Quran Bersama Sahabat Al Quran

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Alhamdulillah... hari ni cuaca cerah sahaja berbanding dua hari yang lepas. 

Cerita kelmarin, group ngaji kami alhamdulillah dah tamat membaca Alquran, jadi Selasa kelmarin group kita mengadakan majlis khatam Al Quran kecil-kecilan.

Share disini kenangan majlis khatam Quran bersama sahabat quran.













Setiap orang bawa sedikit makanan, jadi sebelum balik dapatlah makan-makan bersama.




Isnin, 24 November 2025

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2025

 

Assalamualaikum...

Salam dihari selasa yang penuh ceria ini. Alhamdulillah... cuaca pagi ni agak cerah berbanding semalam, hujan dimana-mana. Ada kawasan yang dinaiki air, kenderaan juga ada yang tersadai ditepi jalan terkena air banjir. Kita doakan semoga kita semua dijauhi dari segala musibah.

Hari ini adalah bermulanya peperiksaan SPM. Anakanda Nurul Ezzati juga menduduki peperiksaan SPM Tahun ini. Hari ini adalah bermulanya ujian bertulis.






Didoakan semoga Nurul Ezzati berserta teman-temannya dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan tenang.

Semoga Allah melapangkan hati dan akal fikiran mereka, diberikan kefahaman, diberikan ingatan yang kuat dan semoga berjaya dengan cemerlang, juga berjaya dunia dan akhirat.




Sabtu, 22 November 2025

Join Giveaway dari Mummy Ayu

 

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua...

Jom ramai-ramai kita meriahkan GA Life Is Beautiful Giveaway dari Mummy Ayu. 


                         


Mommy Ayu ni memang seorang yang kreatif. Suka saya lihat hasil-hasil crochetnya yang comel dan cantik. Juga tiap tahun dia akan menghasilkan calender yang comel dengan pelbagai bentuk.

Untuk join GA ni syaratnya mudah saja. Yang nak ikut join boleh klik kat banner ya...

1. Buat 1 entry, tajuk....Life is Beautiful

 Giveaway link kan ke blog Mummy Ayu 

2. Tinggalkan link entry tu
kat bahagian komen di blog Mummy Ayu. 

Tarikh tutup 27 nov 2025

Hadiahnya tentulah calender yang comel.

Masih ada masa lagi... jom ramai-ramai kita join.




Makan Nasi Bungkus Je Harini


Assalamualaikum...

Salam di petang Sabtu yang indah ini, moga sahabat semua sihat selalu.

Alamdulillah... Selesai sudah anak-anak didik menduduki peperiksaan UPKK. Jadi guru-gurunya bergilir-gilir bertugas untuk program latih tubi untuk anak-anak yang mengambil peperiksaan. Moga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang apabila keluar resultnya nanti. 

Jadi hari ni kita berehatlah dari masak-memasak. Makan nasi bungkuslah hari ni kita sekeluarga.









Nasi kerabu memang menjadi pilihan saya dan encik suami. Alhamdulillah memang sedap.


                                       


Si bongsu dengan peberatnya nasi kukus ayam dara.








Dijual keropok dan papadom juga jika ada yang ingin membeli keropok.





Biasanya kita jumpa nasi ayam kukus dijual di gerai tepi jalan je, tapi nasi kukus ni dijual dikedai. Kalau tak nak bungkus boleh saja makan dikedainya.



Sabtu, 15 November 2025

Kehadiran segerombolan Lebah Bersarang Di Laman

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti dihujung minggu. Hari ini adalah hari Sabtu. Mereka yang bekerja mengambil kesempatan berehat di rumah dan ada juga ambil kesempatan keluar bersama kaum keluarga makan-makan atau jalan-jalan di hari ni.

Pagi ni saya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lebah ke laman rumah saya. Hairan saya kenapa ada banyak serangga berterbangan di depan rumah, tapi mengeluarkan bunyi berdengung. Ingatkan lalat tapi tak ada bangkai pun dilaman rumah. Selepas beberapa ketika baru kelihatan mereka berkumpul dibahagian rak bunga depan rumah.








Pokok kat atasnya tu pun dah mula layu, tapi saya tak berani nak siram, takut lebahnya mengamuk nanti.



Bila dilihat tak ada bunga yang mengeluarkan madu pun kat laman rumah.
Dulu sewaktu saya menanam bunga pukul sepuluh memang ada lah lebah datang hinggap tapi tak lah sebanyak ini.






Biasanya lebah akan buat sarang kat tempat yang tinggi seperti atas pokok. Mungkin on the way nak pergi ketempat lain, mereka singgah dulu kat tempat saya.
Kalau kita tak kacau mereka, meraka pun tak akan kacau kita. 
Mudah-mudahan kalau mereka pindah nanti tinggallah sedikit madu untuk tuan rumah... he he..





Jumaat, 14 November 2025

Masak Asam Rebus Ikan Tenggiri Untuk Lunch Hari Ni

 

Assalamualaikum...

Salam dipetang Jumaat yang penuh berkah ini, moga kawan-kawan happy selalu.

Balik kerja tengahari tadi singgah kat Wholefood berhampiran rumah, beli daun kesum dan barang-barang yang lain untuk masak hari ni. Kalau ikan memang dah ada tersedia kat dalam frezer.

Hari ni saya masak asam rebus ikan tenggiri, ikan kembung goreng, ulam terung rebus serta timun, juga sudah semestinya sambal belacan.





Masak asam rebus ikan tenggiri dicampur dengan buah timun serta tomato.

Ikan kembung goreng.



Ulam terung rebus serta timun.



Tak lengkap kalau tak dak sambal belacan.



Juga buah tembikai kuning buat pencuci mulut.

Dah habis je masak, baru si kakak Norhaida yang belajar kat USIM whatsup nak balik petang ni. Oh... patutlah terasa rajin masak hari ni, rupanya si kakak nak balik.





Khamis, 13 November 2025

Minum Kopi Sihat Dengan Roti Krim Gardenia Quick Bites


Assalamualaikum…

Selamat petang sahabat semua, moga ceria selalu di petang ini. Di tempat saya cuaca lembap je, hujan turun dari jam 2.30 petang tadi.

Hujan-hujan ni perut pun terasa lapar. Nak masak tak rajinlah pulak. Makanlah apa yang ada kat dapur. Kucar kopi sihat Vcafe panas-panas makan dengan roti krim gardenia quick bites, memang sedap.





Kat luar rumah hujan di ketika ini. Nak keluar pun terasa malas.



Kebetulan selepas balik kerja tadi sempat beli roti krim gardenia. Bolehlah makan di waktu petang.




Roti krim gardenia quick bites ini saya lebih suka yang perisa pandan gula merah. Bila digigit terasa kelapa keringnya. Tapi   susah nak dapatkan roti perisa ni di kedai-kedai biasa. Yang perisa ni kalau kat tempat saya, saya hanya jumpa kat kedai petropum petron je. Cuma tak banyak, setiap kali pergi hanya tinggal 4 bungkus saja. Kalau ada 10, rasanya kesemuanya akan saya borong. Itulah, kalau benda yang kita suka mesti tak banyak.







Rabu, 12 November 2025

Masak Kari Ikan Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaimkum...

Selamat petang kawan-kawan semua.

Lama tak bercerita tentang masak-memasak. Lepas balik dari kerja, terasa lapar sangat hari ni. Letak beg, tukar uniform terus bersilat kat dapur. Masak nasi, keluarkan ikan serta barang-barang yang hendak dimasak. Sambil-sambil tunggu ikan cair terus kucar kopi sihat VCafe satu cawan, makan dengan roti bakar disapu dengan peanut butter. Barulah hilang rasa lapar sikit. Lepas tu baru sambung masak semula.



 Lama tak masak kari ikan. Hari ni saya masak kari kepala ikan dicampur dengan buah terung, ikan goreng, sambal belacan serta ulam dipetik di belakang rumah.




Buat kari pekat-pekat baru sedap makan.


                  

Ikan goreng dua ketul je untuk 3 beranak makan. 



Ulam pula pucuk kaduk, bayam brazil dan ginseng jawa.



Seperti biasa sambal belacan tidak dilupakan.




Selasa, 11 November 2025

Rutin Setiap Hari Selasa Pengajian Al Quran

 

Assalamualaikum...

Selamat petang semua... Moga dihari Selasa ini sahabat semua berada dalam keadaan sihat selalu.

     Walaupun sibuk macam mana sekalipun belajar tetap belajar. Rutin setiap petang Selasa ambil kesempatan pergi belajar supaya diri kita terisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, disamping itu juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara sesama kita. 

     Sebelum ni tak pernah kenal pun siapa mereka. Alhamdulillah... dengan adanya group seperti ini, kita dapat mengenali antara satu sama lain.







Sahabat ngaji tekun menyimak bacaan dari seorang kawan.

Di umur-umur seperti kami, kalau belajar memang susah nak faham. Perlu ambil masa yang lama untuk memahami atau mengingati, tapi yang penting ada kemahuan dan usaha untuk belajar. Yang menjadi kerisauan bila guru bertanya hukum-hukum dalam setiap ayat memang menggelabah juga nak jawab.

Tapi Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt dapat belajar dengan guru yang mahir dibidang ini dan semoga ilmu yang dipelajari menjadi berkah,insyallah...