Ahad, 28 Disember 2025

Minum Petang Dengan Bubur Labu

 

Assalamualaikum...

Petang-petang ni terasa lapar lah pula. Kebetulan ada buah labu setengah biji. Ingat nak buat masak lemak, tapi tak jadi lah. Buat bubur labu pun sodap jugak. Potong-potong terus rebus, masukkan apa yang patut terus jadi bubur labu.









Resepi Bubur Labu

Bahan-bahan:

buah labu

2 helai daun pandan

santan

gula putih

gula merah

sedikit garam

sedikit sagu biji

Cara memasaknya:

1. Buah labu dikupas dan dipotong-potong. Kemudian direbus dengan air. Biarkan sehingga isi labu menjadi lembut.

2. Kemudian masukkan daun pandan, santan, gula merah, gula putih, sagu yang dah direndam serta sedikit garam. Selalu dikacau supaya santannya tidak pecah. 

3. Perasakan ia, bila dah cukup rasanya, barulah diangkat.




Sedap dimakan di petang hari bersama teh atau kopi panas.



5 ulasan:

  1. Wow! sedapnya...enak sekali minum dan makan labu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... first time masak bubur labu. Sedap rupanya.

      Padam
  2. Kolak labu 😍😍😍😍. Sukaaa sangat. Biasa banyak dijual saat Ramadhan utk makanan pembuka. Saya tak pernah lah buat sendiri, jadi teringin juga. Nanti lah pas ramadhan 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu Fanny, disana dipanggil kolak labu. Memang terkenal di bulan puasa buat pemanis mulut ketika berbuka. Enak pastinya.

      Padam
  3. wahh jarang makan bubur labu. ke saya tak pernah makan ek? ahaha
    sedapnya!

    BalasPadam