Assalamualaikum...
Selamat Tengahari dan selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga cuti dihujung minggu dimanfaatkan beraktiviti bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah... terasa happy sekali hari ini, setelah mendapat berita anakanda saya Siti Norhaida Hayati dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hujung bulan nanti, insya allah. Moga segala urusannya dipermudahkan.
Biasalah pagi ni menjenguk kebun mini kesayangan di belakang rumah. Sapu-sapu laman serta bersihkan rumput serta gulma yang tumbuh dipasu juga buang daun-daun yang dah kering di pokok.
Jom tengok pokok apa yang ada di kebun mini saya.
Daun pandan tanaman wajib, kalau nak buat kuih tak payah beli lagi tinggal ambil je.
Pokok bayam brazil.
Anak pokok cili yang tumbuh didalam pasu, saya pindahkan ke dalam satu bekas.
Pokok daun sirih.
Pokok ubi kayu, sering diambil pucuknya. Sekali sekala dapatlah makan ulam pucuk ubi kayu.Pokok bunga telang baru saja ditanam semula, belum berbunga lagi.
Pokok ubi kemili.
Pokok cili besar.
Pokok ajinomoto yang baru dibeli kelmarin.
Pokok daun mengkudu.
Itulah sebahagian dari pokok-pokok yang ditanam di belakang rumah. Walaupun ruangnya agak sempit tapi tetap juga bercucuk tanam, sekurang-kurang kalau tak ada sayur bolehlah dipetik saja di belakang rumah.
Hijau!
BalasPadamSelain dapat hasil untuk buat ulam dan lain-lain, bekalan oksigen segar sudah terjamin.
Betul tu Amie... banyak manfaatnya kalau kita bercucuk tanam ni ya.
PadamAlhamdulillah..banyak betul pokok dan segar belaka.
BalasPadamItulah... tiap hari mesti kena siram, kalau tak layu je mereka.
PadamGeramnya tengok semua tanaman tu meriah je. Senang je bebila nak petik je.
BalasPadamJadi terapi mata tiap hari, tengok tanaman yang hijau tenang je rasa.
PadamAlhamdulillah tahniah utk anakanda dan ibu ayahnya juga.
BalasPadamSeronoknya tengok segala kehijauan tu 😍
Nanti kalau cabut ubi kemili tu share ye puan. Nak tengok hasilnya bila tanam dlm pasu. Dulu kecik² kami tanam atas tanah, paling best time nak cabut pokoknya.
Alhamdulillah... rezeki anak. Sebelum ni dah pergi interview IPG, tapi tak dapat.
PadamInsyaallah...kalau cabut ubi kemili nanti saya cuba share. Tak tahu ada ubi ke tidak. Biasanya orang tanam kat tanah terus kan...
Alhamdulillah.. Meriah tanamannya.. Tak rugi berbudi pada tanah ini..
BalasPadamAlhamdulillah Sha... Menanam tanaman ni yang penting kena rajin, menanam, membaja dan menyiram. Baru tanaman tumbuh subur.
PadamBestnyaaa ...semua menjadi ha..x sabar nak tunggu pokok romato cherry tu hidup subur membesar..SA suka pucuk ubi..hujung minggu ni SA share tanaman PZ yg sekangkang kera tu ye..
BalasPadam