Selasa, 19 Ogos 2025

Makan Tengahari di Nasi Kukus Rawang

Assalamualaikum...

Salam sahabat semua, moga sahabat semua happy -happy selalu.

Hari ni berdating dengan si kakak Haida, selepas ambil si kakak balik kerja untuk sesi pagi, kita singgah makan tengahari kat nasi kukus Rawang.

Sebelum ni kita beli bungkus je, tapi hari ni teringin pula nak makan kat kedai tu. Sebenarnya singgah kat kedai tu nak makan nasi kerabu, tapi tak adalah pulak hari ni, jadi kami order nasi kukus dan nasi ayam penyet ja lah.



Nasi ayam penyet.

 







Airnya kita order air teh O ais ja.



Ini pula nasi kukus.

 


Si kakak dengan nasi kukusnya.

Bagi saya makanan disini memang sedaplah. Kalau ayam penyet tu sambalnya memang padu, pedas-pedas manis. 

Lepas kita habis makan ramai pula customer datang beratur. Mungkin dah tiba waktu makan tengahari.





17 ulasan:

  1. makan pulak ngan cinta hati kan...bertambah sedap rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Kebetulan kedai makan ni bersebelahan dengan tempat kerja si kakak. Itu sebabya makan berdua ja.

      Padam
  2. salams hari selasa fadz, comei kakak senyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Amiizaa... Senyum happy tu... he he.

      Padam
  3. Mujur dah habis makan baru ramai orang, bole makan tenang² :D
    Muka kakak seiras ye dgn ibunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum sempat habis makan, ramai orang beratur kat tepi meja kita, Alamak... Serba tak kena. Nak menyuap pun segan terasa macam orang dok tengok kita pula.

      Padam
  4. Waalaikumussalam.
    Puas hati dapat makan nasi lauk ayam penyet dengan rasa sambal yang padu. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Makanannya sedap tapi tak banyak pilihan sangat.

      Padam
  5. Ayam penyet kalau sambal padu baru sedap. Dapat teguk teh o ais time panas cuaca sedapnya la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Time cuaca panas-panas dapat pula minuman sejuk, memang best.

      Padam
  6. Nampak sedapnyer ayam tu
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  7. Makan kenyang..memang kena dengan selera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... kalau kena dengan selera kita memang puas hati. Lain kali boleh datang makan lagi.

      Padam
  8. Nampak sedap! Kalau saya pun akan pilih ayam penyet rasanya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah... Kalau ayam penyet ni selain ayam ada tambaha lauknya ada tempe, tahu goreng serta sedikit sayur.

      Padam
  9. Nasi Kukus simple tapi sedap... lama pulak dah tak makan nasi kukus.. hahaha... biasa kalau bawa the kids makan.. nasi kukus la seronok sbb takde pilihan lain.. order jer beberapa set.. :D

    BalasPadam