Selasa, 12 Ogos 2025

Aktiviti Hari Ni Memindahkan Pokok Yang Dibeli Semalam

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di hari ini, semoga kawan-kawan semua sihat sejahtera di hari ini.

Semalam pergi nursery bunga. Ada kawan yang tanya, ada yang ikut balik tak. Sudah semestinya pasti ada yang ngikut kalau dah ke nursery bunga. Tapi tak banyak pun. Tak cukup tempat nak tanam. Tapi kali ni saya beli pokok yang boleh dimakan, satu je pokok aglonema sebab corak daunnya tu cantik sangat, lagipun jangka hayat tu lama.


Pokok yang dibeli kemarin masih dalam polybag.



Alhamdulillah dah dipindahkan ke dalam pasu. Guna pasu yang sedia ada je.



Ini pokok thai basil.



Pokok geti. Tak tahulah bila boleh makan pucuknya. Yang penting tanam je.



Pokok ajinomoto, orang indonesia kata pokok papaya jepang. Tak pernah makan lagi.

Teringin nak tahu apa rasanya. Tunggu dia besaq nanti baru boleh makan.


Pokok aglonema valentine, cantik warnanya.

Itulah serba sedikit aktiviti saya untuk hari ni. Moga tanaman yang ditanam terus membesar dengan subur dan sihat.







12 ulasan:

  1. Seronok bercucuk tanam ni. Cie dulu mula pindah rumah taman ni banyak la tanam dalam pasu. Lepas tu dah malas nak menjaga. Banyak kucing terbiar suka berak dalam pasu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah Cie, kat laman rumah saya pun banyak kucing datang bertandang. Depa siap lepak lagi, kadang 4 ekor sekali datang. Yang geramnya tu, mereka siap naik tidur atas pokok bunga, ingat tilam kot. Mungkin tempat yang banyak pokok ni suasanya sejuk.

      Padam
  2. Kita pun baru berjinak-jinak ni, masuk minggu kedua pepokokku masih elok lagi, ihiks.
    Semoga pepokok terus tumbuh menghijau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Cha... bagus tanam pokok dilaman ni, suasana jadi sejuk.

      Padam
  3. Sy tak pernah makan pucuk geti. Tapi pucuk ajinomoto tu sedap juga dibuat masak lemak macam pucuk ubi tu. Kena rajin petik pucuknya, nanti makin subur jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka... Puan Hazel. Tak sabaq nak tunggu pokok-pokok ni membesaq, nak merasa jugak pucuk-pucuknya.

      Padam
  4. aglonema valentine SA beli benih kat Shopee, bila tanam si mami brown pi kencingkan..sampai ke sudah mati dan x tumbuh2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun katanya kalau tanaman kena kencing kucing, pokok akan mati. Alahai sayangnya pokok.

      Padam
  5. Saya tertarik dengan pokok ajinomoto tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanam kat rumah Amie. Mungkin kat tempat Amie pun ada.

      Padam
  6. Thai basil tu menarik... Seronok tanam tanam ni kalau duduk rumah bawah ☺️

    BalasPadam
  7. wow..hebat..macam2 ada ..saya tak ada pokok thai basil..rasanya kemangih ke tu..bahasa sini

    BalasPadam