Selasa, 29 September 2020

Makan-makan di Restoran Nasi Arab Chef Ammar

 Assalamualaikum sahabat semua...

Lama tak update my blog yang satu ni. 

Hari minggu kelmarin my hubby sambut birthday, jadi kita sekeluarga sambutlah dgn makan2 di restoran yg best sikit. Ambil keputusan makan kat Restoran Chef Ammar di USJ yang famous tu.

Memang sangat sedap masakan nasi arabnya. Kalau pencinta nasi arab bolehlah mencuba makanan di restoran tersebut.


Sebenarnya macam-macam menu ada disediakan, tapi yang menjadi pilihan saya  nasi mandhi ayam ni.



Happy Birthday to my hubby, moga panjang umur, murah rezeki diberikan kesihatan yang baik, serta bahagia selalu.




Khamis, 17 September 2020

Jalan-jalan ke nursery bunga lagi

 Assalamualaikum...

Selamat petang semua sahabat dan pengunjung blog Diari Diela, semoga anda semua sihat2 selalu.

Lama tak update blog tentang masak-memasak. Sekarang sibuk sikit menyiapkan tempahan mengait. Sambil2 tu buat toturial mengait kat youtube. Aduhai sibuk tak terkata. Masak pun cuma masakan yang mudah-mudah saja.

Kelmarin petang teman my hubby pergi ke nursery bunga, mencari bahan-bahan apa yang patut untuk menanam pokok kesayangan dia bunga kertas. Dapatlah juga cuci2 mata dengan keindahan bunga2 yang cantik.

Jom cuci mata...















Menyelit juga si kecik ni, ambil photo bersama dengan patung kancil ni.