Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua, semoga anda semua sihat dan bahagia selalu.
Memandang ada anak2 yang tak berapa sihat, jadi saya masak nasi bubur je hari ni.
Memang mudah sangat masak nasi bubur ni... dan bubur ni boleh dimakan dengan lauk apa saja, terpulang kepada selera kita. Hari saya masak apa yang ada sahaja. Jom tengok resepi dari saya.
Resepi bubur nasi
Bahan-bahan:
Beras
Kiub ayam
Air secukupnya
Cara masak:
Cuci bersih beras, rebus dengan air serta masukkan kiub ayam. Biarkan sehingga bubur
masak sempurna. Bila dah masak tutupkan
apinya.
Ayam goreng kunyit
Bahan-bahan:
Ayam
garam serta kunyit
bawang besar (dihiris bulat)
cili merah (dipotong)
karot (dipotong dadu)
minyak untuk menumis
Cara masaknya:
Ayam dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit, biakan seketika.
Panaskan minyak, masukkan ayam. Goreng hingga keluarkan minyak. Masukkan bahan2 hiris.
Goreng sehingga bawang layu. Angkat dan hidangkan.
Telur goreng
2 biji telur
daun bawang
cili merah
sedikit daun sup
lada sulah
Caranya:
Pecahkan telur, masukkan bahan hiris, garam serta lada. Kacau dahulu.
Panaskan minyak, masukkan telur. Kemudian kacau seperti buat telur hancur. Siap diangkat.
Daun bawang dipotong.
Ikan bilis digoreng garing.
Bubur ini sedap juga dimakan bersama kerupuk serta kacang tanah yang digoreng.