Khamis, 19 April 2018

Program Umrah Ziarah (Part 5)


               Assalamualaikum...

     Bertemu lagi... masih lagi mengenai program umrah ziarah. Bukan apa, cuma buat kenangan sahaja kerana belum tentu bila kita akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Tempat yang menjadi idaman untuk dikunjungi bagi setiap umat islam.

     Kali ini bercerita pula mengenai umrah pertama kami sesampainya ke Makkatul Mukarramah. Sebenarnya dari Kuala Lumpur kita terus terbang ke Madinah dahulu, menginap di sana selama 4 hari. Selepas selesai sholat Jumaat kita terus bertolak ke Mekah, mengambil masa 4 jam setengah lebih kurang dengan menaiki bas. Sampai di Bir Ali kami terus bermiqat untuk mengerjakan umrah yg pertama. Alhamdulillah perjalanan lancar dan tiada apa2 masalah yg berlaku.

     Tidak dapat digambarkan perasaan dengan kata-kata diketika itu apabila pertama kali melihat kaabah yang tersergam di depan mata. Hanya Allah sahaja yg tahu... bersyukur sangat-sangat kerana dipilih oleh Allah menjadi salah seorang tetamunya.







      Gambar kenangan bersama rombongan setelah selesai tawaf.





     Selepas selesai tawaf, solat sunat tawaf. Kemudian masing2 meminum air zam-zam yg telah disediakan disitu. Setelah itu barulah masing2 bergerak ke tempat sai yaitu Bukit Safa dan Marwah untuk melakukan sai sebanyak 7 kali.



     Setelah selesai sai barulah masing-masing bertahalul sebagai penutup bagi amalan umrah ketika itu. Semasa berada dalam umrah, hendaklah kita menjaga segala pantang larang bagi mengelakkan daripada dikenakan membayar dam.

     Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan syukur kerana dipermudahkan segalanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan