Khamis, 22 Mac 2018

Program Umrah Ziarah (part 1)


        Assalamualaikum wrh wbr...

     Selamat petang sahabat blogger semua. Didoakan semoga semua sahabat sihat2 sahaja hendaknya. Dah lama juga blog saya yg satu ni tak berupdate, disebabkan kesibukan yang teramat sangat bersempena dengan program umrah dan ziarah ke Madinah serta tanah suci Makkah baru2 ini. 
    
      Alhamdulillah kali ini saya, my hubby , ibu dan ayah serta 40 orang ahli rombongan yg lain dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah serta ziarah pada kali ini bersama MR Travel selama 12 hari. Rasa syukur yg tak terhingga saya panjatkan kepada yg maha Esa kerana telah memberi peluang kepada kami mengikuti program tersebut. Dan alhamdulillah program tersebut dah pun berlalu, dan anggota rombongan pun dah selamat pulang ketanah air masing2. Ini hanya catatan sebagai kenangan sahaja. Mudah2an dilain masa dapat lagi kami berkunjung kesana.


    Photo kenangan diambil ketika mengadakan kursus singkat mengenai program Umrah Ziarah serta pengamalan yg dianjurkan oleh Inabah sebelum berangkat ke Umrah.
     




    Masing2 sibuk mendengar taklimat dari mutawif serta AJK MR Travel serta bacaan doa sebelum fly.


    Inilah muthawif kami Mohd Faez, yg bersiap sedia membimbing kami ketika berada di Makkah dan Madinah.

    Alhamdulillah kami bertolak pukul 3.00 ptg dan sampai ke Madinah lebih kurang pukul 11.00 malam.

      

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan