Rabu, 14 Februari 2018
Ayam Masak Merah
Assalamualaikum...
Selamat petang teman-teman semua, moga hari ini bertambah ceria. Mungkin besok ada diantara teman2 yg dah start bercuti sempena Tahun Baru Cina, saya ucapkan selamat bercuti.
Hari ni saya entrikan mengenai masakan ayam masak merah. Biasalah lauk kegemaran anak-anak adalah ayam, jadi saya cuba masakkan ayam masak merah yg paling mudah buat mereka. Jom tengok resepinya...
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
400 gm ayam
cili kisar
1 biji bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dititik)
sos cili
sos tomato
gula, garam atau serbuk perasa jika suka
sedikit minyak utk menggoreng ayam serta menumis
Cara memasaknya:
1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan
sedikit serbuk kunyit serta garam,
goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak,
masukkan serai serta cili kisar. Masak
hingga cili garing serta naik minyak.
3. Masukkan ayam yg digoreng tadi, dikacau
lagi. masukkan sos cili serta sos tomato.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
4. Masukkan garam, gula serta sedikit serbuk
perasa jika suka.
5. Bila sudah masak boleh diangkat.
Sedap dimakan dengan nasi putih ataupun nasi tomato.