Ahad, 31 Ogos 2014

Nasi Tomato


        Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam kemerdekaan diucapkan kepada teman-teman semua, semoga kita semua berada dalam lindungan Allah selalu. Dah lama tak update mengenai resepi-resepi masakan, bukan apa mood malas datang melanda. Kalau masak pun, masakan yang simple-simple je.

     Oleh kerana anak bujang pun ada kat rumah, jadi kena lah masak yang spesial sikit. Kasihan juga kalau kat rumah sewanya pun tiap hari asyik makan bungkus je, jemu katanya. Jadi hari ni saya masak nasi tomato untuk santapan keluarga dihari merdeka ni. Apa-apa pun lihatlah resepinya dulu.



         Sebenarnya firstime saya masak nasi tomato ni. Biasa lah kalau ada nasi tomato, mesti ada sambal ayam.... kan. Dan saya buatkan acar timun untuk dijadikan sayurnya.

Resepi Nasi Tomato
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi  
sedikit minyak sapi untuk menumis
4 sdb tomato puri
2 sdb sos tomato 
1 cawan susu cair
air secukupnya
kiub ayam
garam secukup rasa
Rempah empat sekawan (bunga lawang,
    bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit 
    kayu manis)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia.

Cara memasaknya:
1. Beras direndam dahulu selama lebih kurang
   30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi, masukkan rempah 
   4 sekawan. Kemudian masukkan bawang merah, 
   bawang putih serta halia yang dihiris
   halus.
3. Apabila bahan tumis sudah garing, masukkan
   tomato puree, sos tomato serta susu cair,
   kiub ayam serta garam. Biarkan sehingga
   mendidih.
4. Kemudian bahan-bahan tumis ini dimasukkan 
   ke dalam periuk yang berisi beras. 
5. Masukkan air seperti memasak nasi biasa. 
   Biarkan ia masak seperti biasa menggunakan 
   rice cooker.
    

Resepi Ayam masak Merah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (di potong kecil, dicuci kemudian 
   diletakkan garam serta kunyit)
cili kering (dikisar) 
2 sudu makan sos tomato
serai (dititik)
1 labu bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 inci halia*
garam serta sedikit perasa
kunyit

Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Ayam yang diletak garam kunyit di goreng
   separuh masak.
3. Panaskan minyak, masukkan serai. Tumis 
   bahan kisar sehingga sedikit garing, 
   masukkan cli kisar. Masak sehingga cilinya
   garing atau naik minyak.
4. Masukkan ayam, tambahkan air supaya 
   tidak kering. Masukkan bahan lain seperti
   garam,gula, sos tomato serta bahan-bahan 
   lain. Perasakan garamnya. Kalau dah okey
   barulah diangkat.



Resepi Acar timun
Bahan-bahan:
1 biji timun (dipotong dan direndam dengan 
       sedikit air garam)
2 ulas bawang kecil (dipotong)
2 biji cili api (dipotong)
sedikit cuka
garam dan gula

Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
Masukkan gula dan garam, perasakan ia. 
Bila dah cukup rasa, barulah boleh dihidangkan.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


      Assalamualaikum wrh.... wbr....



            Hari ini 31hb Ogos 2o14, maka seluruh rakyat Malaysia  menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 57. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur sepanjang masa serta terhindar daripada segala bala bencana serta segala musibah.




Khamis, 28 Ogos 2014

Segmen Blogwalking Merdeka Bersama Ayuinsyirah


       Assalamualaikum wrh... wbr...

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

            Sempena bulan merdeka ni saya juga ikut join segmen blogwalking yang dianjurkan oleh Ayuinsyirah ni. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner.
         
       Tarikh tutupnya 31hb Ogos 2014.


Isnin, 25 Ogos 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan With Love


        Assalamualaikum wrh... wbr...

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/08/1st-giveaway-by-melangkau-garisan-with.html
        
           Melihatkan sambutan yang begitu menggalakkan,  jadi saya pun ingin join giveaway yang dianjurkan oleh MG ni. Jadi kepada teman-teman jomlah sama-sama kita join. Kalau siapa yg nak ikut join bolehlah klik kat banner.




Giveaway Merdeka Lestari


    Assalamualaikum wrh... wbr...



       Join giveaway lagi. Kali ini join giveaway anjuran dari Kasih Lestari. Marilah teman-teman kita support giveaway dari teman kita ini. Bagi teman-teman yg ingin ikut join, bolehlah klik kat banner.


 Tarikh tamatnya 31hb Ogos 2014.


Ahad, 24 Ogos 2014

Jalan-jalan ke Pulau Indah


      Assalamualaikum wrh..... wbr....

      Salam di hujung minggu, teman-teman semua. Semoga teman-teman berbahagia selalu hendaknya. Hari ni terasa boring sangat dah lama tak jalan-jalan, badan pun rasa tak sihat sebab asyik berkurung je kat rumah. Jadi ajak my hubby jalan-jalan, tapi tak tahu kemana. Katanya, jomlah kita jalan-jalan ke Pulau Indah.



             Pergi ikut highway SKVE yang baru dibuka, melalui jambatan yang bawahnya sungai yang memisahkan antaraPulau Carey dan Pulau Indah.
 


     Sampai kat Pulau Indah, perut pula terasa lapar. Pekena dulu mi bandung udang pulau kat gerai-gerai yang terdapat disitu. Rasanya pun okey juga tetapi terasa sedikit manis. Bila perut dah lapar, tak kira lah manis ke tidak, bila makan habis juga semangkuk.



Jalan-jalan kat pelabuhan, hari minggu ni sunyi je. Nilah bangunan yang kelihatan dari atas jambatan tadi.


      Lepas tu singgah lah pula ke terminal star cruise, tapi sayangnya dah ditutup. Terbuka kepada orang-orang tertentu sahaja.Kalau dulu bestnya dapat masuk hingga kedalam. Dapat ambil pic dari luar je lah.... frust la juga.

                            (gambar cik google)


       Inilah rupanya bangunan terminal Star Cruise (sekarang Glenn Cruise Terminal). 10  tahun dulu, boleh tengok dari dekat kapal star cruise nya.

       Kat Pulau Indah ni memang terkenal dengan pelabuhan. Dilihat memang banyak kontena-kontena barang dekat pelabuhan tersebut. Dah habis pusing-pusing, bertolaklah balik.




Khamis, 21 Ogos 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din


      Assalamualaikum wrh... wbr...


http://belladin92.blogspot.com/2014/08/segmen-raya-2014-by-bella-din_19.html


      Join lagi segmen yang dianjurkan oleh Bella Din ini. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja. Jika ada kawan-kawan yang nak join bolehlah klik kat banner.                
         
        Tarikh tutupnya 5hb Oktober 2014.



Ikan Cencaru Sumbat Bakar


      Assalamualaikum wrh... wbr....

     Kembali bersiaran lagi, kali ini mengenai masakan ikan iaitu ikan cencaru (ikan jeket) sumbat. Dah lama rasanya tak makan ikan cencaru sumbat, kebetulan ada ikan cencaru pula hari ni. Apa ditunggu lagi, teruslah cari bahan untuk masak ikan tersebut.




         Sebelum ini dah pernah masak ikan cencaru bakar ni. Jadi resepinya dah pernah diposkan keblog ini. Jadi kepada teman-teman yang inginkan resepinya bolehlah klik kat SINI. Kali ini saya balutkan ikannya dengan daun kunyit. Apabila di bakar, keluarlah aroma daun kunyit yang sedap baunya. Tak sabar rasanya nak dimakan.


Isnin, 18 Ogos 2014

Giveaway Merdeka: Penang Mari Baq Ang By Siti Yang Menaip


    Assalamualaikum wrh... wbr...
  
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html
    
        Jom ramai-ramai kita sertai giveaway merdeka: Penang Mari yang dianjurkan oleh dik Siti Humairah ini.Tarikh tutupnya ialah 24hb Ogos 2014. Jika teman-teman nak ikut serta, bolehlah klik kat banner.


Hadiah-hadiah :

4 Fridge Magnet Pulau Pinang 
( 4 Pemenang )

2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang 
 ( 2 Pemenang )

2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts 
( 2 Pemenang )

4 Fridge Magnet Street Arts 
( 4 Pemenang )

8 Penang Street Arts Notebook 
( 8 Pemenang )
       

Ahad, 17 Ogos 2014

Majlis Perkahwinan Anak Saudara


         Assalamualaikum wrh..... wbr.....

       Hari minggu semalam 17hb Ogos 2014, adalah hari berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara Mohd Naim dan Khairanie. Jadi terasa penatlah juga, kerana sibuk menyiapkan persiapan apa yang patut serta menerima kunjungan daripada saudara-mara daripada kampung. Alhamdulillah majlisnya berlangsung dengan lancar. Layanlah pic yang sempat diambil pada majlis tersebut.




Tetamu yang hadir sedang menjamu selera.

  
Pasangan pengantin baru.


Saudara mara berborak sambil menikmati kambing golek.


Lihat kat belakang tu.....siap beratur lagi, menunggu giliran untuk menikmati daging kambing golek.


Bergambar bersama pengantin baru.




Ahli keluarga pengantin lelaki.


Keluarga abang ipar bergambar bersama pengantin.


Pengantin bergambar bersama kedua-dua orangtua mereka.
                 

           Sebelum balik sempat lagi rembat sejambak bunga kekwa yang cantik ini.



SELAMAT PENGANTIN BARU Mohd Naim bin Mohd Rais dan Siti Khairanie binti Amran, semoga perkahwinan kalian akan kekal hingga ke Jannah.


Khamis, 14 Ogos 2014

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan


       Assalamualaikum wrh... wbr...

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

         Sekarang ni tengah rajin blogwalking, jadi join lagi segmen bloglist yang dianjurkan oleh Adinda Baizura, bukan apa cuma nak menambah kenalan je, agar ikatan ukhwah terus terjalin diantara kita semua.
       Kepada teman-teman, jomlah join segmen ini. Syaratnya pun mudah je. Tarikh tamatnya pun telah dilanjutkan hingga 17 hb Ogos 2014. Jika berminat nak join bolehlah klik kat banner.



Agar-agar Santan Gula Merah


        Assalamualaikum wrh..... wbr.....

     Salam penuh keceriaan teman-teman blogger semua. Dah lama tak update entri tentang masak-memasak ni, kali ini saya entrikan mengenai agar-agar santan gula merah. Memang feberet saya lah kuih-kuih yang berasaskan gula merah ni.


            Sebelum ini pun dah pernah buat dan saya pernah letakkan resepinya kat blog ini, kalau nak tengok resepinya bolehlah klik kat SINI.


          Agar-agar gula merah ini memang sedap dimakan ketika sejuk atau selepas keluar dari peti sejuk, apalagi di cuaca panas terik. Sedap.....memang dapat menyejukkan tekak. 




Rabu, 13 Ogos 2014

Segmen: Kapas Putih August Bloglist


     Assalamualaikum wrh... wbr...

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-kapas-putih-august-bloglist.html

             Join lagi segmen pencarian August 2014 Bloglist yang dianjurkan oleh N dari kapas-putih.blogspot.com ini. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk menyertai segmen ini. Jika kawan-kawan nak join silalah klik kat banner.




Ulangtahun Perkahwinan


      Assalamualaikum wrh... wbr...


          Bersua kembali dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya di kala ini. Hari ini hari Rabu, 13hb Ogos 2014 adalah hari ulang tahun perkahwinan saya Fadzillah binti Minai dengan my hubby Muhammad Rahimi bin Mohd Ramli yang ke 20 tahun. Sedar tak sedar dah 20 tahun dah usia perkahwinanku ini. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi berpeluang menghirup udara yang segar di bumi Allah ini. Doakan kebahagiaan kami ya....


Ya Allah.....
Andaikan semua ini layak bagi kami,
cukupkanlah permohonan ini dengan ridho-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka,
saling mengingatkan di kala suka,
saling mendoakan dalam kebaikkan dan ketakwaan, 
saling meyempurnakan dalam beribadah.
Ya Allah.....
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikat cinta kami kepada Rasul-Mu.
Amin Ya Rabbal Aalamiiiin...




Selasa, 12 Ogos 2014

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz


     Assalamualaikum wrh... wbr...

http://prettyiz.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-syawal-by-prettyiz.html

         Salam bahagia teman-teman semua. Jomlah ramai-ramai kita sertai Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz yang dianjurkan oleh Nurizan Ahmad. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja. Kalau nak join bolehlah klik kat banner.

      Tarikh tamatnya 26hb Ogos 2014.


Isnin, 11 Ogos 2014

Menghadiri Kenduri Pengantin Perempuan


     Assalamualaikum wrh.... wbr.....

        Bersua kembali dientri kali, sambungan dari majlis akad nikah kelmarin. Selepas sahaja selesai acara akad nikah di Masjid Al-Azim, Melaka, kami dari rombongan pengantin lelaki berangkat pula ke majlis kenduri di pihak pengantin perempuan di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.
        Pengantin disambut dengan paluan kompang. Kemudian kami menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak pengantin perempuan.






 Pasangan pengantin sama cantik sama padan.

 

Ibu dan bapa pengantin lelaki bersama adiknya.

Masing-masing sudah kekenyangan selepas selesai makan.





Sempat juga bergambar bersama pasangan pengantin sebelum berangkat pulang. Alhamdulillah majlis dipihak perempuan sudah selesai, hanya menunggu majlis kenduri di pihak lelaki pula. 'Selamat Pengantin Baru' di ucapkan kepada pasangan Mohd Naim dan Siti Khairanie, semoga kalian berbahagia hingga ke jannah. Amiiiin.....



Lucky Blogger No 4 - Segman: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


             Assalamualaikum wrh... wbr...



        Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pemberian sebagai Lucky Blogger ke 4- Segmen saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com yang sangat cantik dan kemas dari Miss Nadia ni. Sebenarnya saya menyertai segmen ni hanya sekadar suka-suka dan sekadar hanya ingin menambahkan kenalan sahaja, bukanlah mengharapkan kemenangan semata-mata, tapi kalau dah ada rezeki syukur Alhamdulillah.
    Saya memang meminati design watermark yang dibuat oleh Miss Nadia ni, warna ungu menjadi pilihan disebabkan saya memang berminat dengan warna tersebut.
DIARI DIELA merupakan tajuk blog yang memaparkan tentang masakan-masakan yang dicuba untuk hidangan keluarga dari blog teman masak-memasak. Selebihnya itu memaparkan tentang my family, percutian dan sebagainya.
     Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga diatas pemberian watermark yang cantik ini.




Ahad, 10 Ogos 2014

Majlis Akad Nikah Anak Saudara


     Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Sekarang ini ramai diantara kita yang menghadiri rumah terbuka di rumah teman-teman atau saudara mara. Dan ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri walimatul urus.
      Begitu juga abang ipar saya akan mengadakan pernikahan anak lelakinya Mohd Naim bin Mohd. Rais bersama Siti Khairani pada hari Ahad depan. Hari ini adalah hari pernikahan serta kenduri di sebelah pihak perempuan. Jadi saya dan suami, serta saudara mara berarak mengiringi pengantin lelaki ke majlis akad nikah serta kenduri tersebut di rumah pengantin perempuan. Majlis akad nikah dipihak perempuan diadakan di masjid Al Azim, Melaka. Layanlah serba sedikit gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut.




Saudara mara sebelah pengantin lelaki.


Pengantin perempuan.


Kedua orang tua pengantin lelaki dan pengantin perempuan.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja mereka sah bergelar suami isteri.


Penyerahan wang hantaran dari pengantin lelaki kepada isterinya.


Pengantin lelaki menyarung cincin dijari pengantin perempuan.


Acara membatalkan air sembahyang.



Pengantin bergambar bersama kedua-dua ibubapa pengantin.


Pengantin bergambar bersama ahli keluarga pengantin lelaki.

  
Kita juga mengambil kesempatan bergambar bersama pasangan pengantin.