Sabtu, 21 Mei 2011

Door Hanging

         
                  Assalamualaikum wrh wbr.....
  
                 Inilah hasil cubaan sulamanku yang pertama. Signate Washroom boleh digantung di pintu bilik cucian.



Hasilnya kurang cantik, tapi nampak jugalah macam sulaman reben. Nampaknya kena praktis lagi, barulah hasil kerja akan lebih kemas dan menarik. Sebenarnya apa-apa kerja pun yang kita buat perlu kesabaran dan ketekunan, baru lah akan membuahkan hasil yang baik dan memuaskan.




Pengenalan

              Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam perkenalan kepada kawan-kawan semua di dunia maya ini.... Melihatkan orang-orang lain mempunyai blog, terasa best pula kalau saya pun mempunyai blog sendiri. Setelah difikir-fikirkan, akhirnya saya mempunyai blog sendiri yang tak seberapa ini sebagai diari untuk  menghasilkan karya seni kraf. Walaupun hasilnya tidak seberapa, namun ku berpuas hati dengan apa yang telah aku hasilkan.


       Blog ini dinamakan Diela Creative kerana pada mulanya saya ingin memaparkan hasil-hasil kerja tangan saya contohnya sulaman benang, sulaman reben, crochet, cross stitch dan sebagainya, memandang saya ni memang berminat dengan kraftangan. Tetapi kadang-kadang moodnya yang tidak menentu. Kalau datang mood rajin ada lah hasilnya.
Tetapi kalau datang mood malas tiada lah hasilnya. Maka, entri pun tergendala lah.

     Apabila sering melihat blog masak-memasak kawan-kawan, timbul pula minat nak memasak atau pun ingin mencuba resepi-resepi yang baru yang tak pernah saya cuba sebelum ini. Dari sini lah saya belajar memasak serta dapat menimba pelbagai ilmu dalam masakan. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada teman-teman blogger lain yang sudi share kan resepi-resepi mereka.